Wednesday, January 14, 2009

Yang mana satu idaman kalbu?

Semalam, teringat nak sms seorang kawan sek men. Kalau betul kiraan aku, dia dah lahirkan anak.

She replied my sms. Katanya, anak dia baru 22 hari. Dpt baby boy. Alhamdulillah. Katanya lagi, sakit bersalin tu hanya ibu-ibu saja yg tahu. Tak tahu la sejauh mana sakitnya. Kalau minta dia describe pun, takkan sama apa yg korang rasa dgn pengalaman dia sendiri.

Anyway, aku tanya satu soalan, “Nyusukan anak tak?”. Dia jwb, “ Anak bagi susu tepung je. Susu badan takde la.Cyan la jugak tp nak wat camne”. So aku terangkan kat dia konsep demand-supply and bg galakan kat dia agar bf anak dia sekerap mungkin. Then dia replied yg sms dgn 3 alasan kenapa dia takleh bf anak dia.

Aku tak la condemn org yg bottle feed anak mereka. Seriously, aku tak condemn sbb bg aku, tu pilihan masing-masing. Aku tak kata susu tepung tu tak elok langsung. Kalau tak elok langsung, tak la aku hidup skrg nie (aku dulu minum Dumex and masuk darjah 1, tiap-tiap hari aku minum Fernleaf). Aku tak suka kalau org yg bf anak mereka meng ‘condemn’ org yg bottle feed anak mereka. Begitu juga la sebaliknya. Masing-masing diberi 2 pilihan. Terpulang la nak pilih yg mana satu kan?

Aku hanya boleh bercakap ttg kebaikan memberikan susu ibu kepada anak. Kdg2 nampak aku beriya sgt. Bukan nak bangga tau. Cuma nak menaikkan semangat diri sendiri.

Orang nampak bf nie senang. Ada org yg heran bila aku ckp aku still bf Batrisyia. Diorg heran sbb susu aku banyak lagi sedangkan susu diorg dah kering masa dlm pantang lagi. Hmm, dari luar nampak semuanya indah kan? Diorg tak tau betapa aku berhempas pulas nak make sure susu tu ada utk anak aku. Diorg tak tau perut sampai kembung sbb minum air byk sgt, mkn byk, bangun malam-malam utk pam susu. Balik dr keje je, terus masuk bilik utk pam. Tak sempat nak rehat tau! Bila susu mcm tak sampai target, mula la menggelabah. Mula la rebus longan, makan oat. Eii, kdg2 rasa muak dgn oat. Hehe.. tapi ku tahan sbb ku hanya nak berikan susu ibu utk anak.

Walaupun Batrisyia comel je orgnye dan tak tembam mcm babies lain yg minum susu badan, dia tetap sihat. Kalau sakit pun, cepat recover. Mcm aritu, demam 2 hari je. Kalau tgk anak-anak buah aku yg demam kat rumah tu, seminggu pun ada yg belum sihat lagi. Mungkin ni salah satu kebaikan minum susu ibu.

Jaid, kepada bakal-bakal ibu, cubalah menyusukan anak sendiri. Lebih senang kalau korang cuba 1) menyusukan anak pada awalnya daripada 2)tak cuba langsung then tiba-tiba nak mulakan penyusuan badan. Erk, paham tak apa aku cuba nak terangkan? (Aku rasa korang tak paham sbb tu aku letak 1 dan 2)

Pagi tadi, masa breakfast dgn hubby, dia beritahu yg dia jumpa sorang kwn sek men aku yg baru dpt anak beberapa bulan yg lalu. Kwn aku ckp yg wife dia pun masih menyusukan anak mereka. Congrats!

6 scribble(s):

Faizah said...

bangga aku dengan ko..bersemangat...mcm sue..nnti kalo ada rezeki aku, tlg bg advise kt aku plkkk

Liz said...

ahaks, harap2 bersemangat sampai bila2. insya Allah kalau ada rezeki ko, aku dgn sue akan tlg bg semangat skali. hehehe

maisya said...

yups chaiyok2...aku dulu,tkyh mkn apa2..supply ok..cuma tk kesempatan nak kasik...nak stop kan pon kene berhempas pulas juga..sebulan after berusaha and tak bf baby,baru stop...

Org kate,dgn semangat dan fikiran yg lapang,relax,sure susu byk nye...hormon tuh sendiri akan tlg simulate the milk...

Liz said...

yerp, hormon tu akan stimulate the milk. aku so far, saja minum horlicks, oat and longan tp nampak sama je. cuma oat tu leh pekatkan susu sikit la.

serious, dah muak dgn oat. hahaha

luna said...

seronoknya baca lize tulis..
betul, sue tak pernah marah/tak suka org yang kasi anak nya minum susu formula
cuma sue sedih..
(that's the right word)
sedih..lebih sedih kalau ibu dia tanak dengar sue beri eksplanasi (dah ghope nurse gomen dah ku neh..)

Liz said...

kuikuikui.. nurse gomen? hahaha... sue kan pembuat susu yg berjaya. saya tak penah dipanggil tu. cuma ada org panggil kilang susu.

menyusu badan kan senang. tak payah nak susah payah bawak botol susu, susu tepung, sabun basuh botol, berus botol bila nak travel.

baby lapar, terus selak baju and ngap je. hahaha. sgt senang!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.