Tuesday, January 13, 2009

Jalan-jalan di Jusco AU2

Sabtu lepas, kami ke Jusco AU2. Pergi pun dah petang. Ingatkan ramai la org. Tapi tak ramai rupanya. Bagus la, boleh jalan-jalan.

Hubby with Batrisyia at the lobby
Tempat pertama yg aku pegi ialah tempat baju baby. Nak belikan beberapa helai baju tidur Batrisyia. Dia dah byk baju siang. Baju malam sikit je. Baru je nak pilih baju, Batrisyia nak susu. So pegi la Baby Room kat First Floor berdekatan lift. Masa tu tak tau yg rupa-rupanya ada lagi satu Baby Room kat Baby's Department.

Memandangkan Jusco AU2 nie baru, Baby Room pun masih cantik lagi. Sgt selesa. Aku mmg suka Baby Room Jusco. Tak tau kenapa. Cuma yg kat sana, takde baby coat kat dlm bilik. Bila bf, dpt la bilik khas utk bf. Tak campur dgn ibu-ibu lain yg bottle feed their babies kat luar.


Inside the small room for breastfeeding mummy

To change diaper

Complete facilities!


Lepas selesai, baru la boleh pergi cari baju utk dia. Best shopping kat sana sbb tak sesak mcm kat Jusco Maluri. Ruang pun luas. Nak bayar pun tak payah beratur. Lama jugak pusing-pusing cari brg. Then, kami ke surau sbb nak solat Asar. Hubby pegi solat tu sementara aku bawa Batrisyia ronda-ronda dlm supermarket. Sorang promoter nie sibuk promote aku satu brg nie (aku akan buat entry psl brg nie kemudian). Masa dia tgh tulis resit la aku terperasan yg handbag aku takde dgn aku. Aku terus gelabah sbb aku rasa aku tertinggal my handbag kat Baby Room.

Dgn sorong stroller Batrisyia tu, aku berlari ke lif dan kemudian ke Baby Room. Aku checked bilik yg aku masuk tu, takde pun handbag. Habis la, dah la duit beratus-ratus dlm tu. Aku dah terbayang beg tu kena rembat. Aku nampak pak guard. Guard kan ada walkie talkie. So aku minta pakcik tu tlg hello hello staffs kat sana ty samada ada sesapa pegang my handbag ke tak. Dipendekkan cerita, my handbag ada kat JCard Counter. Alhamdulillah. Selamat. Menurut kata budak kat kaunter tu, aku kira bertuah sbb aku org pertama yg berjaya jumpa balik brg yg dah ditinggalkan dlm Baby Room. Setakat nie, org lain yg teringgal brg dlm tu, semua brg mereka lesap!

Selepas sesi 'terkejar-kejar' tadi, perut terus jadi lapar. So kitorang mkn kat Arena.

Nasi Goreng USA with Homemade Air Mata Kucing yg sgt sedap!!!

Air mata kucing tu mmg sedap la weih. Tak puas minum 1/2 cawan. (1/2 cawan lagi hubby aku curi-curi minum masa aku pegi surau). Tak sempat nak check semua kedai kat sana. So next time aje la eh.

4 scribble(s):

adLedash a.k.a adLedaNne said...

ASsalamualaikum..

subhanallah..batrisya sangat chumey! geram je tgk..rambut cacak lak tu..hee..orang kate, rambut mcm batrisya tu otaknye cerdik. cerdik dan byk akal la kata org2 tua..mesti besar nnti petah bercakap..suke senyum tul batrisya ni..huhu

Liz said...

waalaikumsalam. rambut cacak tu ikut abi nye. kalau dgr cerita MIL, masa kecil dulu, rambut my hubby mencacak je. org kata, rambut degil.

hoho, mmg panjang akalnya. kecik lg dah terserlah. cerdik tu tak tau la tp harapnya cerdik la nanti, sesuai dgn maksud namanya.

dia takde aa senyum memanjang. cuma dia sukakan kamera seolah-olah dia dah tahu fungsi kamera tu. let say dia tgh senyap melayan perasaan. cuba la tiba-tiba pegang kamera depan mata dia, automatik dia akan 'bercakap' tak henti-henti mcm pembaca berita depan kamera. hahaha.. pastu suka senyum-senyum, mcm tau org nak ambil gambar dia. opps, terbyk cerita lak.. leh jadi entry baru kat blog lak.

luna said...

hahaha...memang sangat sangat kiut...
geram geram geram..
masa datang rumah aunty haritu, diam je..skrg baru rajin berbual ye..

Liz said...

takpe. tunggu dtg rumah sue lagi hujung bln nie (hint: nak beli brg lagik). nnt kita tgk rajin tak dia berbual.

skrg senang. pegang je kamera depan dia, automatik dia akan berckp.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.