Friday, January 09, 2009

Fever

Virus demam sedang merebak kat rumah tu. Semuanya bermula dgn Puteri. Dia demam teruk sampai muntah-muntah. Doktor sampai bekalkan prebiotic utk dia consume. Then, Alisya pulak demam hari Isnin lepas. Sampai skrg, budak 2 org nie tak baik demam lagi. Menjelang malam tadi, Aqil pulak dah mula muntah-muntah. Badan hangat. Lepas mkn-mkn sempena birthday FIL (entry akan menyusul minggu hadapan), Aisy pulak dah mula nak demam. Terus bagi ubat demam.

Yang tak demam hanyalah Maisarah, Aina, Erin dan Batrisyia. Harapnya tak demam la anak aku.

Tuan empunya blog ni pun demam. Kuat sungguh virus kanak-kanak ini. Sejak ptg semalam, aku dah rasa seram sejuk kat office. Nak balik, badan mcm dah tak larat. Masuk dlm kereta, dah rasa sejuk semacam. Sampai rumah, terus mandi. Sudahnya, aku menggigil dan rasa sejuk sampai ke malam. Bila berselubung, boleh rasa bahang badan aku sampai ke luar. 2 kali hubby kejutkan aku malam tadi hanya semata-mata nak ckp, “Esok pagi pegi klinik la. Tak payah kerja. Nanti abang telefon bos”. Urm, aku malas nak cuti. Lagipun, dah hari Jumaat. Rasanya boleh bertahan.

Malam tadi, hubby kata nafas aku mcm naga! Kenapa mcm naga? Sbb PANAS!

Skrg pun masih menggigil di office tp pura-pura sihat je.

Esok dah hujung minggu. Nak masak ape ye? Aku nak mkn pedas-pedas tp org kat rumah tak mkn pedas lak. Kalau aku mkn pedas, mesti kena tegur sbb aku kan bf baby. Selalunya bila balik Seremban baru aku melantak mkn makanan pedas. Entah la. Aku tak nampak pun Batrisyia meragam bila aku mkn pedas. Dia ok je. Muntah pun tak. Kembung perut pun tak. Cirit birit pun tak.

Last weekend masak Ayam Masak Lemak Cili Api. Licin beb. Tak sempat nak bawa ke makan malam!

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.