Friday, January 02, 2009

Exclusively breastfeeding

Masa ke rumah Sue baru-baru nie, dia tanya, “ Bila baru Lize terfikir utk bf baby?”

Aku mmg nak bf baby tp tak pernah terfikir nak EXCLUSIVELY BREASTFEEDING my baby. Exclusively breastfeed bermaksud hanya memberikan susu ibu kepada bayi sehingga dia berusia 6 bulan dan diteruskan sehingga berumur 2 tahun. Dlm 6 bulan pertama, tak beri baby susu formula dan makanan lain. Lepas umur 6 bulan, dah boleh introduce baby dgn solid food dan masih beri baby susu ibu jugak.

Aku tak pernah terfikirkan hal nie. Pada awalnya, plan aku ialah utk bf baby. Bila dah masuk kerja, boleh la selang selikan dgn susu formula. That was my plan.

Bila aku ke antenatal class, salah satu topic yg disentuh ialah mengenai breastfeeding. LC yg memberikan ceramah masa tu memberikan penerangan ttg bf termasuk la cara menyimpan susu. Masa tu baru yg aku tau rupa-rupanya susu boleh disimpan sehingga 6 bulan. Jahil kan sbb tak tau semua ni? Then bila sesi soal jawab, ada seorang bakal ibu bertanya samada boleh tak selang selikan susu ibu dgn susu formula. LC tu terus gelengkan kepala sambil bertegas menerangkan yg susu ibu tak boleh diselang selikan dgn susu formula. Katanya, kami perlu pilih salah satu. Kalau betul-betul nak beri susu ibu, jgn beli langsung botol susu. Mesti betul-betul determine.

Masa tu aku jadi confuse. Tak boleh? Kalau tak boleh, kenapa aku nampak ramai je org buat camtu? Aku jd sgt confuse tp aku tak bertanya dgn lebih lanjut. Kat rumah, aku jadi buntu. Aku tak nampak sebarang cara penyelesaian.

Hinggalah satu hari, seorang kawan aku beritahu yg dia tgh survey breastpump. Aku jadi pelik lagi. Perlu sgt ke beli pump? Lepas tu aku mula cari info kat Internet. Terjumpa la aku dgn website MLO dan Susu Ibu. (Link ke websites ada di sidelink). Baru la aku tau serba sedikit bagaimana nak bf baby sehingga berumur 2 tahun. Masa tu terasa sgt aku tak tau apa-apa. Tiap-tiap hari cari info kat Internet. Bayangkan la, masa tu lagi sebulan je nak bersalin.

Kepada yg betul-betul berhasrat nak bf ur baby, aku sarankan agar carilah ilmu sepenuh-penuhnya. Berkawan la dgn org yg berjaya bf anak mereka. Jgn dgr ckp-ckp org yg tak berjaya bf baby. Nanti boleh down. Mesti rajin cari info. Dptkan pam yg sesuai. Seboleh-bolehnya, jgn skip pumping session. (Hehe, aku kalau ter skip pumping session, rasa mcm bersalah giler, mcm berdosa lak).

Pengalaman bf baby ni sgt bermakna. Seronok dan lega sbb dpt berikan yg terbaik buat anak sendiri. Lebih puas hati bila tgk anak tu membesar dgn susu ibunya sendiri. Everytime Batrisyia sendawa, aku rasa happy sgt. Bila tgk muka dia kekenyangan lepas sesi bf, aku rasa.. hmm, ntah la. Sukar nak gambarkan perasaan tu.


Mata sampai nak terpejam ketika breastfeeding session


Terus terlentok kekenyangan

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.