Wednesday, January 07, 2009

Bersabarlah wahai Palestinian

Bernama semalam menyiarkan berita tentang Palestin. Katanya, solat hajat akan diadakan di Masjid Negara pada hari Jumaat ini. Rakyat Malaysia juga diseru agar boikot barangan dr US yg merupakan sekutu kuat Israel.

Kebanyakan suratkhabar semalam (ke kelmarin?) menunjukkan gambar seorang ayah yg meratapi kehilangan 3 org anak lelakinya di sebuah hospital di Palestin. Kalau tgk gambar tu, rasa kesian.. nak nangis je rasanya. 3 org budak lelaki tu masih kecil. Seorang kepala berbalut. Mungkin sudah mendapatkan rawatan kecemasan tetapi ajal telah menjemputnya dahulu. Seorang lagi tu, mata tak tertutup rapat. Hmm, gambar tu la. Aku pasti, sesapa yg tgk gambar tu, sedikit sebanyak timbul rasa sedih dlm hati.

Datuk Dr Jemilah Mahmood yg berada di sana pula melaporkan sekurang-kurangnya 10 jenazah kanak-kanak yg dibawa ke pusat kecemasan mempunyai kesan tembakan di kepala. KEPALA okay! Bukan badan ke, kaki ke. Kejam betul askar-askar Israel. Mereka membedil sekolah-sekolah dgn alasan bahawa pengganas bersembunyi di sana.

Israel akan terus membedil Palestin selagi “peace and tranquility” tak tercapai. Sekadar menggunakan ‘bahasa indah’ President Shimon Peres. Cuba bandingkan bedilan roket buatan sendiri dgn kereta kebal Israel. Aci tak? Tak sama hebat kekuatannya. Israel seperti seorang lelaki berumur 30 tahun yg membuli seorang budak lelaki berumur 5 tahun. Tak malu ke?

Skrg aku mmg dah malas nak tgk berita kat TV. Buat sakit hati je. Tu la, org sekeliling (termasuk la kita nie kan) hanya mampu memandang dari jauh je. Pemimpin-pemimpin sedunia pulak, hanya mampu berkata-kata. Cuba berdiplomasi. Tapi apa yg korang dpt? Palestin tu kena bedil jugak! PBB pun hanya mampu buat siding akhbar.. keluarkan kutukan.. tu je la. Cuba la buat lebih dr tu. Cuba jadi lebih berani sikit!

Eiiii, GERAM! Kenapa la Allah tak turunkan bala kat Israel tu? Tuhan tu lebih mengetahui. Mesti ada sesuatu disebaliknya kan?

M*mp*s la ko Israel!

2 scribble(s):

ska said...

aku pon geram jugak!

tp takleh nk buat ape... just doa byk2 n boikot la pape yg patut.. hehe...

Liz said...

tu aa, kita just boleh boikot je la. uhuks, pasni takleh ar mkn prosperity burger eh?

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.