Friday, January 02, 2009

3 months old

Batrisyia turns 3 months old today. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn agak lancar buat masa nie. Alhamdulillah jugak sbb dia masih minum susu uminya sendiri. Mahal tau susu dia. Takleh dpt kat tempat lain. Hikhik.

Sekejap je budak nie dah besar. Orang kata, dah makin cerdik. Dia masih lagi cuba nak meniarap. Dah mengiring tp kepala tak lepas lagi. Tu la. Asyik dibedung je. Camne nak practice kan? Kalau dgn aku, mmg aku biar je dia tak berbedung. Bedung hanya utk tidur sahaja.

Tgn dah mula pandai mencapai. Kalau muka dekat dgn dia, dia nak cuba sentuh. Kalau kita dukung dia, tgn dia cuba nak masuk dlm baju.

Kaki tak payah nak ckp la.. asyik menendang je. Kalau berdirikan dia, mmg dia boleh berdiri tegak sambil berlagak mcm kepala dah tegak sama.. ekekeke. Kalau nak mandikan atau sendawakan dia, mmg kena jaga-jaga sbb dia akan melonjak secara tiba-tiba. Kuat tau kaki dia!

Dia boleh bagi response bila kita bercakap dgn dia. Kdg-kdg, dia yg ajak kita berborak. Buat-buat paham walaupun tak faham apa yg dia ckp. Kalau dia ckp ‘”uuuuuuuu”, kita ckp la “uuuuuuu”.. hehe.

Dia sgt suka mandi. Dia mcm dah tau bila dia perlu dimandikan. Kalau dah lewat, dia menangis. Maknanya dah sampai time mandi la tu. Once aku bukakan butang baju, automatically dia akan berhenti menangis dan tersengih-sengih. Kalau kat bilik air, dia akan mula melonjak sebaik saja aku bersihkan muka dia. Dia tau yg masa mandi dah tiba.

Lain pulak halnya selepas mandi. Bila pakaikan bedak dan pampers, dia masih okay. Tapi bila dah nak pakaikan baju, dia menangis lagi. Nak ape pulak? Nak susu!!! Budak nie mmg tak sabar sungguh.

Bila dah lama-lama, aku boleh tau rutin dia. Boleh tau kenapa dia menangis.

Dia suka aku nyanyikan Twinkle Twinkle Little Star. Kalau dia gelisah ke, meragam ke.. nyanyi je lagu nie sambil buat isyarat tgn, dia akan senyap.

Baby is so fascinating!


0+ old

1 month old

2 months old

3 months old

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.