Thursday, January 15, 2009

24oz for 11 hours

Setiap hari, aku akan bekalkan 6 botol EBM utk Batrisyia. Kalau dulu, kdg2 berbaki satu botol, kdg2 habis licin. Now, dah seminggu aku bawa pulang 6 botol susu kosong setiap petang. Wah, anakku sudah makin kuat minum. Tu pun dia dah minum susu sebelum dihantar ke taska.

Sebelum nie, aku bekalkan 3.5oz utk setiap botol. Dia minum laju tau. Kalau tgk dia minum, mcm tak cukup. Gelojoh sungguh anak aku nie. Tak padan dgn badan dia. Hubby ckp, maybe sbb susu mak dia sedap sgt. Hehehe. Hmm, tapi tak gak montel.

Baru-baru nie, aku cuba bagi 4oz susu walaupun kalau refer pada milk intake chart, 3.5oz per feeding sesuai dgn berat 5kg nye itu. Pun licin! Sejak dr hari tu, kalau rezeki dia lebih, aku akan letak 4oz susu dlm botol. Ahaks, 6 botol susu yg berisi 4oz setiap botol bersamaan dgn 24oz susu yg aku perlu pam setiap hari. Leh imagine?

I’m not sure samada dia byk muntah kat taska ke tak. Tapi kalau kat rumah, dia dah tak keluarkan susu yg dia minum lagi dah. Tapi tu kalau dia sendawa la. Tak tau la kat taska tu dia disendawakan ke tak. Yer la, kalau kita tanya budak taska tu, mesti la dia ckp dia sendawakan tp kita tak tau dia ckp benar ke tak. Think positive je la ek. Kalau dia byk muntah, sian dia. Membazir je susu yg dia minum.

I’m trying to change my pumping session at work from 3 times to 4 times. Hari nie baru nak cuba. Selalunya kat rumah pulak, akan ada lagi 3-4 kali pumping session, dilakukan ketika menyusukan Batrisyia. Semangat tak aku? Lantak la kan kalau org kata aku kejap2 berkurung dlm bilik.

Kalau terjaga tgh malam pun, ku gagahkan mata utk pump susu. Dlm hati, bengkek je tgk hubby tidur dgn nyenyaknya. Yer la kan, kita tgh pump susu, dia tidur. Kita nyusukan anak 20 minit, dia bgn utk sendawakan anak 3 minit je (yer aa Liz oii, takkan ko nak laki ko sendawakan anak ko 20 minit jugak). Sungguh tak adil.. hehe. Kalau ada susu yg nak kena letak dlm peti ais, aku dgn tanpa belas kasihan akan kejutkan hubby dan minta tlg dia pegi simpan. Ahaks.. dasar dengki dlm hati. Hahaha..

Pagi nie, Batrisyia agak meragam. Bangun pukul 4 pagi sbb nak susu. Okay la. Susukan mcm biasa. Bila letak dia dlm playpen, tak lama lepas tu dia nangis semula. Hubby ambil dia dan letak kat atas katil. Kdg2, dia nak tidur atas katil. Dia senyap sekejap. Tak tido. Mata melilau pandang kiri kanan. Kitorang sambung tidur. Tak sampai 10 minit, dia nangis balik. Mula-mula, merengek. Kitorang biarkan lagi. Pastu, mula menangis perlahan. Laki aku buat tak reti je. Siap ckp, “Biar je dia nangis”. Ceh, camtu lak. Bila dia dah nangis kuat, baru la aku bgn. Dia pandang aku dgn muka kesian. Pastu buat muka nak nangis.. dan terus menangis dgn kuatnya. Aku angkat. Dia senyap. Nape la budak nie.. Aku letak, dia nangis balik. Aku angkat balik. Sakit perut ke? Pampers penuh ke? Tak jugak. Nak terlentok dia kat bahu aku. Last-last aku nyusukan dia balik sambil mengepam. Sudahnya dia tidur masa menyusu. Wah, bunyi pam dah jadi lullaby dia kot.

Tak dpt daku nak tidur semula. Terus bgn, mandi, sembahyang dan bersiap. Masa serahkan dia pada penjaga kat taska, dia masih tidur lagi. Tgk muka dia nyenyak tidur, terus hilang rasa penat dan ngantuk melayan dia pagi tu. Takpe la, anggap je la semua kepenatan nie satu exercise. Leh maintain badan. Kwang kwang kwang…

Penat mmg penat tp bila tgk muka anak, terus hilang rasa penat! Best kan?

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.