Tuesday, July 08, 2008

36E?

6 July

Pernah dgr tak ungkapan nie, “Customers are always right”? Bagi aku, ia tak semestinya betul. Yang penting, cara promoter melayan pelanggan. Melalui promoter, pelanggan dpt memilih apa yg dikehendaki dgn lebih senang. Jika layanan memuaskan diberi, pelanggan tu mesti nak dtg ke tempat tu lagi. Correct?

Baru-baru nie, aku ajak hubby pergi temankan aku beli bra. My hubby sporting dlm bab nie. Kalau nak beli bra ke, baju tidur ke, dia mmg nak ikut sbb nak pilihkan utk aku. Dia sendiri tak segan utk masuk ke fitting room dgn aku.

I fall in love with Xixili on Jan 2007. Not like other people yg lebih sukakan design yg cantik-cantik berbanding keselesaan, aku pastikan aku selesa dgn apa yg aku pakai. Aku pernah jumpa sorang perempuan yg beli bra cantik tapi bila pakai, isi terkeluar kat tepi. Dia tak kesah sbb lawa. Selalunya kalau bra yg cutting cantik-cantik nie, mana ada cup besar. Dia tak kesah pakai cup kecil, janji cantik! Aku tak ler tgk dia tp husband dia ckp. Don’t ask me camne husband dia boleh bgtau.

Kalau small breast tu takpe. But for a person who has a medium to big breast, kena la jaga betul-betul sebelum terlambat. Kena pilih size yg betul, sokongan yg betul. Nak underwire ke, padding ke, full cup ke.. semua tu kena ambil kira. Kalau tak, cepat la menggelebeh.

Due to pregnancy, I have to buy a new bra. Yang lama mmg dah tak muat sgt. Bila pergi Jusco Maluri, takde pulak Xixili. Takpe la. Aku cuba survey other brands. Situ tak byk pilihan. Aku pergi kat Audrey dulu. Promoter nie nampak mcm pro. Dia siap konon-konon leh agak la size aku skrg nie sedangkan size yg dia agak tu sama la dgn size yg aku pakai sblm nie. However, aku diamkan je. Plus, kdg2 size bagi setiap brand tu ada la ‘lari-lari sikit’.

Dia bg aku cuba beberapa jenis bras yg dia pilihkan. Lepas cuba, aku keluar balik dan bgtau yg cup tu kecil. Eventhough dia ada tali tape kat leher, dia main agak-agak lagi. Dia pegang my breast and bg aku size yg lain. Aku cuba lagi. This time cup tu besar sikit. Mcm tak melekap betul-betul. Aku bgtau dia hal yg sama. Dia boleh ckp, “Awak nie tak reti pakai bra ke? Tadi kata kecil, ni kata besar pulak. Tak sumbat betul-betul ke?”.

Masa tu, aku dah bengang dah. Excuse me. Aku dah pakai bra bertahun lamanya. Aku tau la camne nak pakai. Mmg dah bengang tahap maksima. Dah dia yg tak ukur betul-betul, nak kata aku salah lak. I just walked away! Hubby terpinga-pinga bila tgk muka aku masam mencuka.

Sepanjang perjalanan ke Imbi Plaza, aku diam je. Yer la, kalau mulut aku membebel, mesti aku kutuk-kutuk promoter tu. Hubby ajak aku pegi KLCC sbb dia tau, kat sana ada Xixili. Dia juga tahu, aku mmg sukakan layanan kat sana.

Aku ingat lagi my first visit kat KLCC outlet. There was a mid age promoter berdiri sambil melayan customer. Kalau kat counter lain, kebanyakan promoter tu muda-muda belaka, kat Xixili ni lain pulak. Tapi aku tak kesah sgt. At first, aku ke sana sbb nak beli baju tidur. Masa tu Xixili baru keluarkan 2007 range. Cantik-cantik. Aku dah tgk masa kat Seremban. So masa tu, aku bwk hubby sbb nak dia tlg pilihkan mana yg dia paling suka. That promoter bg layanan yg sgt bagus. Dari cara dia bercakap, bg penerangan sampai la ke fitting, semuanya bagus. Drpd nak beli night gown, aku sampai beli benda lain sekali. Dia tak main agak-agak sebaliknya dia gunakan tali tape yg dia ada. Baru la size tu betul. Dia carikan cup size yg betul-betul sesuai. Dia siap bg ‘lecture’ kenapa kena cari bra yg betul-betul sesuai. Masa tu rasa mcm seronok pulak pergi beli bra. Hahaha.

Therefore, kitorang pegi ke KLCC mlm tu. Promoter yg aku jumpa satu setengah tahun yg lepas takde kat situ. Yg ada, seorang lagi mid-age promoter. Aku tegur dia dan bgtau tujuan aku ke sana. Dia sgt peramah, mcm promoter yg dulu jugak. Dia ambil ukuran and minta aku cuba satu bra. Dia tlg fitting sekali. 3 kali fitting, baru la dpt cup yg betul-betul melekap. Terkejut aku bila tau size skrg ni. Hubby lak bg “I-told-you-so” look to me. Selama nie dia ‘rajin’ bg komen ttg size yg makin membesar, aku buat tatau je. Ni bila dah terbukti, terpaksa la aku mengiyakan. My God, how can they be so big?

Nyonya tu punya la sporting. Dgn hubby, dia sama-sama carikan bra yg cantik-cantik. Dia bwk masuk 6 helai utk aku sambil bg komen, “Yang tu, saya rasa sexy tp husband you suka”. Tergelak besar aku dgr dia ckp camtu. Tapi dia betul. Mmg sexy sikit la tapi cantik!

Sambil fitting, aku luahkan perasaan bengang aku kat promoter Jusco tu. Dia tanya aku, camne nak pakai bra dgn betul. Aku bgtau la apa yg aku buat selama nie. Dia kata, betul la cara aku tu. Dia geleng kepala je bila aku ulang balik ayat promoter yg menyakitkan hati tu.

Akhirnya, aku beli la 4 helai. Tu pun hampir-hampir nak beli baju tidur sbb tergoda dgn design-design baru yg ada kat sana. Cantik-cantik tu! Ada 2 helai tu, warna mcm off white. Cantik. Hubby pun suka tapi hubby ckp, beli la tahun depan sbb skrg dah jadi Mak Buyung. Kalau pakai pun, nampak perut yg makin bulat. Cehhh, potong stim betul mamat tu.

Blue is for boy and pink is for girl.. what about green?

2 July

The baby is kicking 24/7. At least, that’s what I feel. Tak penat ke anakku? Kdg2 dia tak menendang tapi aku dpt rasakan pergerakan dia. Kdg2 boleh tgk pergerakan dia at my belly. Mcm ombak, turun naik. Comel!
Sejak semua org tau yg aku dgn hubby dah tau jantina baby, masing-masing sibuk nak korek rahsia. Ada yg dah buat prediction based on their own theory.


Papa: My father rasa lepas nie dia dpt cucu perempuan sbb aku rajin menanam pokok bunga and rajin buat donut.
>> Camtu ke? Hey, sape tau anak aku mcm Jamie Oliver ke… ahaks. Tak semestinya suka memasak tu, dpt anak perempuan.

Kak Efah: Dia rasa aku dpt anak perempuan sbb aku suka mkn ayam. Alkisahnya, dia pernah nampak aku beli rangka ayam kat pasar malam and mkn sorang-sorang.
>> Dia nye teori camni. Kalau suka mkn ayam, dpt anak perempuan. Kalau suka mkn seafood, dpt anak lelaki. Well, masa dia pregnant baru-baru nie, dia suka mkn seafood tapi dia lahirkan anak perempuan gak.. hehe. So rasa-rasanya teori dia tak boleh dipakai.

Orang lain belum berani nak buat prediction. Masing-masing nak tunggu perut aku besar. Then, baru tgk bentuk perut tu. Kalau bulat, perempuan. Kalau tajam, lelaki. Setakat nie, perut aku masih kecil. Jadi, diorg no comment.

The theme color for my baby is neither blue nor pink. Bila perempuan je, kena pink. Bila lelaki, kena blue. Boring la. Aku nak tukar. Hehe.. kita buat warna GREEN. At least, kalau tiba-tiba doctor tersalah tgk jantina, tak ler kesian kat anak aku. Plus, green is cute! Benda nie aku dah pk lama dah. Sbb tu blog nie pun warna hijau dr entry pertama.

Ada sebulan lagi before start shopping brg2 baby. Serious aku tak sabar!!List brg-brg yg perlu dibeli utk menyambut kehadiran baby dah pun siap. Aku bg hubby go through list tu. Dia mcm tak percaya begitu byk brg kena beli. Hehe.. aku dah warning dia awal-awal. Ala, kebanyakannya brg yg mmg perlu dibeli. Cuma ada beberapa item yg boleh beli lewat sikit or maybe tak perlu dibeli. Ada jugak brg yg perlu dibeli tp tak perlu dibeli sbb my mother dah siapkan awal-awal utk cucu dia. Ada jugak kwn yg dah bgtau awal-awal dia nak bg hadiah apa utk memastikan aku tak beli brg tu lagi. Betul jugak cara dia tu. Tak perlu la aku nak ada sampai 2-3 brg yg sama. Lain la kalau baju. So kalau korang dah terfikir nak bg hadiah apa, bgtau la aku awal-awal. Hehehe.

Before serahkan list tu kat hubby, aku pergi survey harga brg-brg skali. Perghh, rambang mata bila melihat brg-brg baby kat kedai. Rasa nak beli time tu jugak! Tgk nie cute.. tgk tu cute. Nampaknya akan timbul masalah bila aku pegi shopping dgn hubby nnt. Mesti susah nak decide yg mane satu kitorang nak beli.

Mak bidan yg nak urut aku masa berpantang pun dah ada. Actually, dia mak bidan yg urut mak aku dulu-dulu. Then, dia urut adik aku. So aku minta dia urutkan je. Taknak pening kepala mencari mak bidan yang lain. I don’t have enough time nak mencari satu Seremban tu.

Masa buat glucose test baru-baru nie, aku sempat pegi tanya charge rates utk bersalin kat Hospital Ampang. Ingatkan nak settle kat 1st Class Ward je tapi diorg punye 1st Class Ward belum dibuka. Yang ada hanyalah 2nd Class dan 3rd Class. Therefore, I will go to 2nd Class je la. Quite okay cause for 2nd Class, satu bilik ada 4 katil sahaja. Ada privacy sikit.

One more week before I enter 3rd Trimester. Then, 14 weeks to go before I can present this cute birthday gift to hubby.

Boy or girl?

30 June

Berdebar-debar bila pegi check up kat Ampang Hospital kali nie. Hari nie aku akan tau result utk glucose test tu. Aku x dpt apa-apa panggilan kecemasan dr pihak hospital. Therefore, aku rasa aku takde masalah.

Kali nie doctor Eeson pulak yg checked. Dia kata, glucose test tak menunjukkan yg aku ada diabetes or high blood pressure. Alhamdulillah tapi aku tetap akan menjalani 2 lagi tests dlm masa 3 bulan nie utk memastikan aku dan baby tak ditimpa masalah. Urghhh, kena minum air glucose lagi! Dah la pekat, manis yg teramat, menyakitkan tekak bla bla bla. Rasa nak muntah je.

According to doctor, berat aku masih okay. So jgn dgr pendapat nurse kat klinik. Aku rasa la kan, penimbang berat kat klinik tu dah rosak la. Sana guna analog. Kat hospital guna digital. Aku rasa, digital lagi accurate. Kalau ikut bulan nie, aku hanya naik 2.6kg. Kira ok la sbb kalau ikut klinik, berat aku dah naik lebih 3kg! Overall, berat aku baru naik sebanyak 7kg dlm masa 6 bulan.

Orang kat rumah masih mempertikaikan saiz perut aku yg mcm tak 6 bulan. Isk, rasa nak je tunjuk perut aku kat diorg. Haa, baru leh ckp besar ke tak. Doctor ckp, saiz baby okay. Tak kecil, tak besar. Just nice and sesuai dgn development dia. Skrg nie dah sampai masa utk baby simpan lemak di badan. So tak lama lagi, besar la dia. Besar jugak la tummy aku.

Utk mengurangkan stretch marks kat perut (so far takde lagi), aku gunakan losyen yg ada cocoa butter+aloe vera. Orang kata, bila tummy makin besar, nanti akan mula rasa gatal kat perut sbb kulit tu akan meregang. Setakat ni, aku tak rasa gatal. Mungkin sbb aku pakai losyen tu.

Anmum milk dah nak habis satu tin. Minum 2 kali sehari. Kalau tak sempat, sekali sehari je la. Air soya mmg minum tiap-tiap hari. Lebih baik minum soya waktu breakfast drpd minum teh atau milo.

Anyway, doctor dah bgtau jantina baby. Hubby was so excited bila aku bgtau melalui telefon. Berkali –kali dia paksa aku utk bgtau ape yg doctor ckp. Hehe.. best gak torture dia. Tak sampai hati nak buat dia tertanya-tanya so last-last aku bgtau je la. Sorry la ye. Aku dgn hubby decided utk tak beritahu sesiapa ttg jantina baby nie sbb nak bg surprise.

You will always be in my memory

Aku masih ingat saat-saat aku bersedih lepas miscarriage tahun lepas. Berkali-kali aku ingatkan diri supaya tidak terlalu bersedih. Masa tu, aku berkata pada diri sendiri bahawa masanya akan tiba bila aku pregnant utk kali kedua, kesedihan tu akan hilang.

But I was so wrong. Bila pregnant buat kali kedua, aku masih teringatkan kandungan yg telah gugur tu. Mcm mana rupa dia kalau dia lahir? Lelaki ke perempuan? Ada lesung pipit ke tak? Walaupun tak sesedih dulu, rasa tu tetap ada. Pengalaman membuatkan aku agak berhati-hati masa second pregnancy. Kalau baby tak bergerak dlm sejam dua, aku freak out. Pernah sekali, 8 jam aku tak rasa apa-apa pergerakan. Mmg risau sgt. Hubby ckp, maybe baby tgh tidur sbb malam sebelum tu, kitorang main detective games sampai pkul 3 pagi. (Yeah, it sounds ridiculous!). Menjelang petang, ‘baby pun bangun’ and dia bersilat dlm perut tu tak henti-henti.

Maybe sbb tu aku suka dgr lagu Bye Bye by Mariah Carey. Aku tak malu nak ckp, mata aku mesti berair bila dgr lagu tu. Aku akan teringat bagaimana happy nye hubby bila tgk positive result kat my pregnancy test kit, betapa kelakar nya reaksi dia bila cuba bercakap dgn kandungan yg umurnya tak sampai sebulan dan paling aku tak lupa, air mata dia bila doctor mengesahkan aku dah keguguran. (Tulis entry nie je dah buat aku mengalirkan air mata). Aku tak boleh lupa semua tu.

Sekarang, kami dgn sabarnya menghitung hari utk memeluk baby yg ditunggu-tunggu. I’m sure he will be a great father.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.