Sunday, March 30, 2008

Love me more each day

Satu perkara yg aku sedar sejak kejadian kecemasan lebih 2 minggu lepasialah my hubby sgt sgt la caring skrg nie. Bukan la sblm nie dia tak ambil berat tp skrg nie terlebih pulak.

Kalau dulu, dia mcm kurang excited sbb tak nampak aku mcm pregnant. Yer la, perut tak kembung lagi. Pastu tak muntah ke hapa. Tapi sejak dia tgk sendiri 'rupa' baby dlm my womb, dia dah mula merasakan kehadiran baby tu. Now, the unborn baby comes first!

Aku tak rasa lapar? Kena mkn jugak sbb baby lapar! Aku nak ikut dia keluar walaupun kepenatan? Sila duduk rumah sbb baby tu nak rehat! You get the picture.

I don't get morning sickness but I cannot tolerate a noisy environment. Usually, I will get a headache everytime I reach home. Why? Because there are 6 kids at home which 4 of them are energetic! Selalu buat bising kat rumah.. shouting, yelling, crying.. hmmm. Mmg akan sakit kepala. Bila dah tak tahan, aku akan mandi and lepas tu terus berkurung kat bilik sampai waktu Isyak. Lps tu baru lepak kat ruang tamu. On that time, rumah dah kembali senyap sbb hanya tinggal 4 kids kat rumah. Selalunya diorg dah tido. But my headache will last until I shut my eyes down to sleep. Hubby akan tlg picitkan kepala walaupun aku tak suruh. Kalau badan rasa letih sgt, dia akan tlg picitkan jugak sampai aku tertidur.

He will kiss my cheek a few times when I'm half-asleep. If he wakes up in the middle of the night, he will kiss me again, cover me with blanket and hug me tight. He's so sweet but I'm too sleepy to open my eyes and say "Thank you, dearie".

Aku masih ingat, ada satu hari tu, jantung aku berdegup laju. Disebabkan aku pernah kena tyroid, jantung tu mmg kdg2 laju. Kalau 90 bpm pun, dah terasa berdebar semacam. Satu malam tu, mmg terasa sgt jantung tu laju. Hubby pulak takde kat rumah sbb dia pergi main badminton dgn kwn2. Before tidur, aku tulis la nota utk dia. (Kalau ada apa2 pesanan, mmg aku lekatkan nota kat cermin meja solek). Mane la tau, something happen masa aku tidur ke kan. Kalau jantung dah laju, mcm2 boleh jadi. So kat note tu aku bgtau la yg jantung aku laju and aku dah mkn ubat yg doctor bagi. Siap pesan suruh dia minum ubat periuk yg aku dah masakkan. Pastu sempat la minta maaf utk hari tu. Anyway, aku mmg minta maaf dgn dia sebelum tidur tiap2 hari.

I wasn't sure pukul brp dia balik. Rasanya dlm 1 a.m. kot. Masa aku terjaga tu, dia tgh baca nota tu. Disebabkan aku ngantuk sgt, aku tido balik. That night, ada la dlm 3 kali aku terjaga. 1st time, masa dia nak tidur. Dlm pada mata tertutup (tapi sedar) tu, aku dpt rasa dia letak tapak tgn dia kat pipi, leher dgn dahi aku. Dia cuba nak tgk badan aku panas ke tak. 2nd time, aku rasa dia terjaga dr tidur. Sempat pulak dia tekapkan tapak tgn dia kat dada aku sbb nak tgk jantung aku laju ke tak. Jantung aku, kalau laju, mmg boleh terasa dr luar. 3rd time, dia yg kejutkan aku. Dia kata, aku terbatuk masa tidur. Dia suruh aku minum air.

Now, dia akan tanya bile tarikh my next check up. Lps tu, muka dia akan nampak sedih sbb x dpt temankan aku. My check up selalunya waktu pagi. Dia pulak susah nak dptkan permission utk keluar temankan aku. Dia mesti akan tanya, "Nanti doctor scan tak?" Dia sgt berharap dpt tgk our baby kat screen lagi.

Honey, I love you!

Sunday, March 23, 2008

Don't you call me Mak Buyung until 7 months

Skrg dah masuk 10 weeks. Perut dah makin membesar cause of water retention. Jeans masih muat tp rasa tak selesa kat bahagian perut sbb mcm terpaksa mengecilkan diri dlm jeans yg kecil. So skrg kalau nak keluar, pakai track bottom je. Lega! Selain dr perut and 'little girls' yg makin membesar, takde perubahan fizikal yg lain yg telah berlaku. Morning sickness pun langsung takde. Alhamdulillah sgt sbb Tuhan permudahkan perjalanan aku.

Tapi bila perut dah makin besar, rasa malu pun dtg. Bkn malu sbb pregnant. Rasa malu tu dtg sbb org xtau aku pregnant. Mmg aku tak beritahu ramai org. Hingga ke hari ni, hanya ahli keluarga, Weed, Ita, Zai, Sue, Niza dan Ezu yg tahu ttg perkara nie. So bila org yg taktau ni nampak perut aku, diorg mcm tertanya-tanya. Mengandung atau mmg dah gemuk? Erm... Ada sorang kwn aku lagi selamba. Dia boleh tunjuk perut aku and tanya, "Ko pregnant ke?". Bila org tanya, aku taknak ngaku (atas sbb yg aku pernah beritahu dlm entry terdahulu). Bila aku tak ngaku, diorg akan anggap aku dah buncit! Huwaaa... I hate it!

Berat aku masih sama mcm masa baru sebulan mengandung dulu. Doctor suruh aku mkn byk-byk bagi berat naik. Sorry la doctor. That's not my style. Plus, ni kira dah mkn byk la sbb dah mkn 3 kali sehari. Kalau tak, aku mkn sekali atau 2 kali sehari je tau.

Hubby dah mula kenakan aku. Katanya, tak lama lagi, boleh bagi nick name baru utk aku iaitu Mak Buyung! Sampai hati. Saya masih comel lagi eh.. tak sesuai nak panggil Mak Buyung.

Thursday, March 13, 2008

Red blood

Date: 11/03/2008

12.10 midnite.

Aku yang masa tu tgh baring-baring kat atas katil dah mula rasa semacam. Aku rasa mcm basah. Aku rasa tilam pun basah. Dari samar-samar lampu, aku nampak satu tompok warna gelap kat cadar. Aku terus menjerit, "Darah!!". Eventhough samar-samar, aku yakin apa yg aku nampak tu darah. Hubby terus buka lampu. Mmg sah, DARAH!

Aku dah panik. Terasa mcm dejavu. Perkara lama berulang kembali. Dah tak boleh nak fikir ape time tu. Aku terus meraung dan menangis. Hubby cuba menenangkan aku tapi tak berhasil. Aku hanya fikirkan anak dlm kandungan nie. Puas hubby pujuk aku bersiap utk ke hospital tapi aku hanya mampu berdiri kaku sambil melihat darah mengalir turun ke kaki. Walaupun tak byk yg keluar masa tu, tompok merah yg agak besar yang dah tercalit di cadar betul-betul buat aku meraung. Tompok besar, merah dan pekat! Aku menangis lagi. Hampir 10 minit hubby peluk aku sambil cuba menenangkan aku. Akhirnya aku ke bilik air utk membasuh darah yang mengalir keluar. Kebimbangan makin memuncak apabila ada cebisan tisu yg tercalit di peha.

Semasa bersiap ke hospital, darah mengalir lagi. Aku dah makin panik. Dlm perjalanan ke hospital, aku menangis tak berhenti-henti. Hubby nampak risau tapi dia cuba tenangkan diri dgn berzikir dan berdoa. Kami terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang. Masa tu mata aku dah bengkak tapi aku tak peduli. Biarlah org nak pandang.

Aku tak lepaskan tgn hubby. Dia tau aku risau. Sedaya upaya dia pujuk aku. Sesekali, dia berkata, "Ni semua salah abang". Hmm, ntah bile pulak dia buat salah ntah. Mungkin sekadar nak menyedapkan hati aku.

Register pkul 12.30 a.m., dpt jumpa doctor pkul 1.40 a.m. First, doctor buat pregnancy test dulu. Hasilnya, masih positive. Then, doctor tu panggil doctor from O & G. Doctor O & G tu scanned my womb. Alhamdulillah, baby masih ada. Tak nampak terjejas. Degupan jantung pun normal. Masa tgk baby tu mmg lega sgt la. Alhamdulillah.

Masa doctor sibuk scan tu, saja je minta nurse panggilkan hubby. Nak bg dia tgk sbb dia tak pernah tgk lagi. Hehe.. boleh nampak reaksi muka dia bile tgk anak dia for the first time. Muka dia mcm nak nangis tapi dia control. Ahaks, dia kata dia terharu tgk baby tu. Itulah reaksi yg aku tunggu-tunggu selama nie!

Yes, this time dah nampak baby dlm tu. Last time scan, tak nampak ape. Ni dah nampak bentuk sikit. Nampak la jantung tu berdegup. Sukar nak gambarkan perasaan masa first time nampak our baby.

Doktor tak tau punca sebenar berlaku pendarahan. Tapi berkemungkinan besar sbb hormon. Doktor hanya anggap ia sebagai kandungan terancam. Aku diberi rehat selama 2 hari. Tak boleh buat kerja berat. Kena kurangkan berjalan. Setakat nie, tak berlaku pendarahan susulan. Harap-harap itulah kali terakhir berlaku komplikasi sebegitu.

8 weeks passed..

Date: 03/03/2008

Wohoo!

8 Weeks! Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Bila tgk my pregnancy calendar pagi nie, rasa mcm berair je mata nie. Perasaan bercampur baur.

Gembira sbb dah berjaya sampai ke minggu kelapan.

Nervous menanti nak habiskan first trimester.

Excited nak peluk my baby 7 bulan lagi.

Okay Liz, take a deep breath. Just take care of yourself. Everything will be okay. Insya Allah.

Walaupun tgh pregnant 2 bulan tapi aku tak rasa mcm pregnant pun. So far, no vomitting, nausea, morning sickness etc. Without all these, it makes me feel like.. urm, ordinary. Kadang-kadang rasa mcm tak sabar nak attend the next check up sbb nak tgk samada betul ke ada baby dlm rahim nie. Ahaks, susah nak describe.

Masa first time doctor scanned my womb, takde la excited sgt sbb aku tau, mmg tak nampak ape lagi. Plus, ni bukan kali pertama aku kena scan. So perasaan excited tu takde la sgt.

It was like one scene in TV Series; Friends. Masa Rachel pregnant, Ross bwk dia jumpa doctor. Doctor scanned. Hanya Ross yg nampak baby (or a tiny dot) dlm womb tu while Rachel tercari-cari kat screen. She cried sbb dia tak nampak ape yg Ross nampak. It was so funny! But that is the reality. You won't see anything at the screen. The doctor will say, "Oh, I can see the sac. It's smooth so no need to worry. The chances for miscarriage is low". You, will look at the monitor and try to see "something". Hey doctor, what I can see is something black,something white and something oval! Hahaha.

Disebabkan aku tak rasa mcm pregnant, kdg2 terlupa pulak yg aku pregnant. Sometimes, aku akan turun naik tangga dgn cepatnya. Sekali-sekala, aku selamba je berlari-lari anak. Bila dah camtu, hubby menjerit kecil kat aku. Lepas tu, baru la tersedar yg aku tak patut buat camtu. Utk org lain, maybe takpe kot. But my doctor dah pesan agar aku jauhkan semua tu. Naik motor pun tak boleh tau! Mmg kena berhati-hati masa first trimester nie.

Walaupun aku tak dpt apa2 simptom, ada dua perkara yg dah berubah. Selera makan dah hilang sikit. Skrg nie, mcm takde selera nak makan malam. Sarapan mmg aku ambil tiap2 hari. Lunch, tak mkn nasi. Selalunya aku mkn kuih atau roti. Kalau diikutkan, sepatutnya malam mesti la lapar kan? Tapi bila malam je, tekak nie rasa tawar semacam. Tgk lauk pun mcm takde selera. Kalau mkn pun, mesti tak abes. I have to eat in small portion. Entah, rasa mcm tak best bila makan nasi. Terasa mcm nak mkn benda lain.. bubur la.. yong tau foo la. Ahaks, pernah sekali tu..konon takde selera makan la.. tapi terasa nak mkn sushi. So ajak la hubby pg Sushi King. Selalunya, kitorang akan makan minimum dlm 8 pinggan sushi. So bila aku kata aku takde selera, dia ingatkan aku nak makan sikit je. Tapi tu la.. sbb dah suka sushi kan.. takde selera pun boleh jadi ada selera secara tiba-tiba. Lepas satu-satu aku makan. Last2 8 pinggan jugak. Tu belum masuk makan yasai tempura lagi. "Kata takde selera! Ni sape yg lapar sebenarnya?" hubby perli. Dgn innocent nya aku jwb, "Anak nak mkn. Bukan Liza. Dia yg lapar". "Nampak mcm Liza je yg lapar!" hubby perli lagi. Hehehe...

Another one is aku cepat rasa mengantuk di waktu malam. Kalau dulu, pukul 12 pun belum tentu lagi mengantuk. Tapi skrg, pkul 9.30 dah menguap. Kalau takde ape, mmg aku masuk tido awal walaupun diperli oleh hubby. Can't help it.. mmg dah ngantuk sgt dah! Sometimes hubby will wake me up semata-mata utk teman dia yg masih terkebil-kebil kat atas katil sementara nak tunggu mengantuk. I was like, grrrrr.... don't disturb me or I will get mad! Setakat nie dah 2 kali la dia kena marah. Hikhik.. ampun la abg! Orang dah tidur, kenapa la di kacau.. tu cari pasal namanya.

Tak sabar nak tunggu my next check up. Kalau tak silap, masa tu dah Week 11. Dah boleh nampak my baby :]


 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.