Wednesday, December 31, 2008

It's for a lifetime

Lepas dah kahwin, langkah ku masih panjang. Nak keluar dgn kwn-kwn pun masih boleh lagi. Nak tgk wayang, hang out sampai tgh malam.. semua masih boleh. Bila dah ada Batrisyia, semuanya jadi terhad. Dah x dpt tgk wayang buat sementara waktu. Nak keluar sampai jauh malam pun dah tak boleh sbb tak elok bwk keluar budak kecik sampai tgh malam. Nak keluar dgn kwn pun dah mcm kurang sesuai sbb diorg mesti nak jln2, tgk wayang etc.. boleh ke aku bwk Batrisyia sekali? Kalau setakat keluar mkn, shopping tu boleh la. Tapi tgk wayang, mmg dah tak boleh.

Agaknya sbb tu la org yg dah ada anak lebih suka keluar dgn org yg dah ada anak jugak. Sbb mereka saling memahami. Kalau ada masalah yg timbul, kwn kita akan faham situasi tu. Yer la, kalau tiba-tiba si ibu kena tukarkan pampers si anak atau kena bf anak, tak ke mengganggu keseronokan kwn2 yg single tu? Entah la..

Bila cuti, aku mesti ajak hubby keluar. Selalunya dia akan tanya, “Nak keluar pegi mana? Asyik nak jalan je. Aritu kan baru keluar”. Sesungguhnya, aku ajak keluar utk menghilangkan kebosanan. Sometimes, I need a break from my routine as a mother. Tiap-tiap hari buat benda yg sama sampai takde masa utk diri sendiri. Utk kwn-kwn, lagi la susah nak cari masa. So bila dpt keluar jalan-jalan, hati rasa sedikit relaks. Tapi kalau duduk rumah sendiri, definitely aku akan terperap kat rumah je. Lagi best!

Esok cuti tahun baru. Sekali lagi, aku ajak hubby keluar dan sekali lagi dia bertanya, “Nak pegi mana?”. Hmm, ingat nak pergi The Gardens. My plan is to celebrate our 2nd wedding anniversary there. Aritu tak dpt celebrate ape pun sbb Batrisyia demam. Now, mcm malas lak sbb mesti ramai org. Nak masuk jalan ke sana pun mesti jammed mcm minggu lepas.

Rasa mcm dah agak terlambat utk celebrate pun. Hikhik.

Nak jalan ke mana esok ye? Oh, maybe boleh pegi AEON Setiawangsa. Tmpt tu kan baru buka. Boleh la tgk ape yg ada kat sana. Leh shopping sikit-sikit.

Haiyo, saya perlu cari kwn-kwn baru dikalangan ibu-ibu. Sape mau join saya? To mothers yg sangap mcm saya, jom la keluar sama-sama.. hehee..

Things will never be the same again.

2 scribble(s):

adLedash a.k.a adLedaNne said...

Salam akak..

akak nak gi Jaya Jusco Keramat AU2 ek? best gak kat situ. saye dah gi situ. baru shopping toys baby kat situ utk anak spupu. tapi still x byk brg. hehe..tingin nak berkenalan ngan akak ngan batrisyia. mcm dekat je umah akak dengan UIA ni..

Liz said...

tak jadi pegi pun sbb org kata, byk kedai tak buka lagi. lagi pun, mmg tak ke mana-mana semalam. nak berkenalan. ahaks, cam famous lak. biasa-biasa je. owh, kat UIA Gombak ke? tak la dekat sgt tp tak la jauh. ikut je MRR2. stay kat Cheras je.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.