Monday, December 15, 2008

Batrisyia demam

Semalam, Batrisyia demam. Taktau la camne dia leh demam. Hehe. Malam sebelum tu, dia elok je. Siap 'bercakap' dgn kitorang lagi. Senyum-senyum lagi. Pagi semalam, dia nak nangis masa dimandikan. Masa tu badan dia tak panas pun. Menjelang 2 ptg, dia dah mula merengek. Badan lemah dan bahang. Cuba bersuara tp sgt perlahan. Mcm mengeluh je. So kitorang lap-lap badan dia dulu. Taknak bg ubat lagi.

Malam kat Cheras, demam dia tak kebah. Thermometer menunjukkan suhu dia dah mencecah 39.2. Tinggi tu! Masih lagi lap-lap badan dia, letak Kool Fever sume la. By 1 a.m., baru bg dia ubat demam yg dpt masa pegi cucuk imunisasi dulu. Sejam lepas tu, dia dah mula aktif. Kalau sebelum ni melepek je, ni dah gerak-gerak and tendang-tendang. Dah senyum-senyum. Suhu dah turun ke 37.4. Jadi semua org boleh tido dgn aman.

Pagi nie, checked suhu dia semula. 37.5. Aku tepek je Kool Fever kat dahi dia and bekalkan ubat demam ke taska. Siap pesan kat akak tu minta tlg lapkan badan dia.

Bila dah jadi camni, rasa mcm tak seronok nak pegi kerja. Tempat seorang ibu tu di sisi suami dan anaknya. Dah jadi tanggungjawab aku utk jaga Batrisyia kalau dia sakit. Tapi aku terpaksa pergi kerja. Bukan aku taknak ambil cuti tp aku akan cuti Rabu ni utk bwk Batrisyia dptkan keputusan ujian jaundice. So nak cuti byk kali tu, bos aku tak bagi. Haih, tunggu la setahun dua lagi. Mungkin aku akan jadi housewife. Yes, tu yg aku harapkan.

3 scribble(s):

ezian said...

Aku pon rasa gitu time anak aku sakit...rasa down ajer kalu kat opis....huhuhu...get well soon dear Batrisyia!!

sya_firwan said...

tinggi tuh liz..kalau baby adviseable to see the doctor if suhu mencecah 38 degree celcius..moga cepat sembuh ye batrisyia =)

adLedash a.k.a adLedaNne said...

ciannye batrisyia dmm...baby jgn bg panas sgt..nnti smp kepala..takut terencat..nenek sy slalu pesan kat anak2 dia cmtu. kalau cara tradisional, guna asam jawa. air dia rendam ngan kain, lap2 kepala. yg penting kepala. kalau nak tepek hampas2 asam jawa pn xpe. itu buley sejukkan kepala. tabah hati ye akak! demam tu satu proses dia nak kuatkan antibodi dia jugak. Batrisyia kuat! mcm ibu dia jugak! hehe (^*^)

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.