Monday, August 10, 2009

Ayam Perap Cik Nani

edited version with photo and notes


Masih teringat lagi kenangan berkongsi makanan masa kat hostel dulu. Bila weekend, ibu bapa akan dtg utk menjenguk anak-anak. Masa tu la si anak akan pesan mcm-mcm.. sabun, ubat gigi, tudung, roti dan lain-lain lagi. Bukannye takleh beli kat koop tp nak save duit la katakan. Order kat parents kan jimat. Uhuks.

Masa nie la leh tgk beberapa org keluarga dok mkn kat area kantin. Si anak syok la makan lauk rumah. Ada gak yg tak mkn kat situ tapi bwk lauk naik hostel utk dikongsi dgn kwn2 se dorm.

Masa aku Form 5, ada satu lauk yg menjadi favourite jiran-jiran sebelah katil aku. Ayam Perap Cik Nani. At least, aku bubuh nama tu sbb kwn mak aku yg bernama Cik Nani la yg bg resipi nie. Mak aku selalu buat. Kalau aku bwk lauk nie, mesti juniors sebelah katil makan sampai menjilat jari.

Sampai la satu ketika, mak aku dah tak buat ayam perap nie lagi. Bila aku tanya kenapa, katanya resipi sudah hilang. Hilang??? Mcm mana boleh hilangkan resipi sesedap tu? Tak ingat ke bahan-bahannya? Mak aku kata, dia ingat bahan-bahan tu tp tak ingat the exact measurement of the ingredients.

Hari demi hari, aku dah tak ingat rasa ayam perap nie.

Raya haji yg lalu, aku balik ke Seremban. Masuk je dapur, ingatkan nak tolong masak rendang daging. Kat atas meja, aku nampak tupperware bulat yg agak besar berisi ayam yg diperap! Wah, resipi yg sama ke? Sila buat kira-kira eh.. dah 8 tahun resipi tu hilang!

Me: Eh, dah jumpa balik ke resipi nie?
Mom: Tak la.
Me: Abes tu?
Mom: Tepon la cik Nani.
Me: La, kenapa selama ni tak tepon?
Mom: Tiba-tiba rasa nak makan.

Cis, tu la aku heran. Bukannya lost contact pun dgn cik Nani. Selalu tepon tp tak mintak resipi tu.

Saya sudah 2 kali buat resipi nie. Hopefully, korang pun cuba. Sedap!!

Zaman dah maju. Kena la aku save resipi ni dlm blog. Mana la tau hilang lak nanti.

Ayam Perap (resipi mak kepada cik Nani sebenarnya)



Seekor ayam - Dipotong 12
1 cawan gula
1/2 sudu besar kunyit tepung
3/4 sudu besar garam

Untuk dikisar kering (sukatan selepas dikisar):

5 sudu teh serbuk ketumbar
5 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih

Untuk dikisar:

20 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2cm halia
6 batang serai
Cili kering (nak guna 2 sudu je nanti)

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dalam satu tupperware besar. Gaul ratakan. Perap selama 4 jam. Kalau nak lagi sedap, perap la lebih sehari. Kalau taknak masak semua, simpan selebihnya di tempat dingin beku.

Bila nak masak, masak dgn menggunakan minyak yg sedikit (mcm korang nak masak sayur goreng). Masukkan ayam dan bahan perap tu. Tutup kuali. Api biar sederhana besar. Kacau bila perlu (utk elakkan hangus kat bawah). Bila ayam dah masak, bahan perap dan kuah dah pekat, leh angkat. Hidang dgn nasi panas.

Semalam, hubby bg keropok lekor kat jiran/kwn dia. Bersama keropok, kami pulangkan pinggan diorg (aritu diorg bg tapai). Baru je nak lunch,anak dia dtg rumah dan bawa lauk Ayam Kurma dlm pinggan tu. Aik, kitorang baru balas, dah dibalas blk? Dgn pinggan dia pulak tu. So, aku beri lauk ni sebagai balasan dan hubby sempat beritahu kak Efy (wife abg Nasir) yg tu pinggan diorg, bukan kitorang. Hehe.. mana la tau diorg terlupa yg diorg pernah bg tapai. Ptg tu, anak diorg beritahu hubby yg lauk Ayam Perap nie sedap sgt. Haa, ada 'sgt' di hujung ayat. Jadi, korang cuba la resipi ni ye!

10 scribble(s):

ska said...

nnt aku nk try masak! best2.. hehe..

Liz said...

try la kd. lps try, bgtau aku komen ko.

WanYgBest said...

aku tgh google2 apela yg aku nak msk utk lunch or dinner nih...kwn aku sakit, saje nak cari resepi yg leh menaikkan selera mkn dia, thank u liza for the recipe, aku nak try la! hehehe

p/s: nnti aku tulis review lauk tuh...hehehehe

Liz said...

wan>haa, dah buat nnt, gtau. anyway, resipi ni x pedas tau. sbb dia guna gula dan jintan manis, maka lauk ni sedikit manis gitu. kalau buat perap satay pun sedap!

WanYgBest said...

yeay!!! dah siap makan pun...punya la lahap masing2, smpai x sempat nak tangkap gmba sbgai bukti.

bile tgk recepi liz tu byk gula & ade jintan manis, mmg dah agak dah lauk ni manis sket, tp takpe, kwn tu suke jer...sbb dia org kelantan :D

p/s: dia sakit, tp mkn 2x tmbah...hehehe...satu petanda baik...kui2

Liz said...

wan> kalau nak kurangkan manis, cuba la kurangkan gula ke 1/2 cawan aje. then, kalau nak pedas, leh laa tambah cili kisar tu kot. next time aku nak cuba buat eksperimen tu pulak.

MarDiah said...

dah try... sedap.. hb suke.. dia ratah haabis...

Liz Rohaizat said...

mardiah> mmg sedap. cuma kalau xnak manis sgt, boleh kurangkan gula.

MarDiah said...

Dah try lauk nie. mmg sdp. tapi kita tak letak gula sbb x suka lauk manis. Rasa mcm nak buat pulak hari nie....

Liz said...

cuba la tak letak gula. saya tak pernah cuba tak letak gula. saya kurangkan gula je

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.