Monday, November 24, 2008

Pengalaman bersalin


2 Oktober 2008

Bangun untuk sembahyang subuh. Masa nie, dah mula terasa sengal kat bahagian ari-ari. Hati kecil mengatakan yg masanya hampir tiba. Tapi aku masih menunggu kehadiran tanda-tanda awal untuk bersalin.
Pagi tu, semua orang sibuk bersiap utk ke Perak. Kak Ama dan Abg Irma sempat mengajak aku agar turut serta ke Perak. Siap bagi teori kenapa aku takkan bersalin dlm masa terdekat. Tapi hati aku berat.

Masa kat tandas, aku perasan mcm ada darah yg keluar. Dek kerana terlalu sedikit, aku menunggu agar tanda yg lebih jelas muncul.

Lepas semua orang berangkat ke Perak, aku mengemas dapur. Pinggan yg penuh satu sinki, aku cuci. Kain kotor sempat aku basuh. Masa ni, aku checked sekali lagi. Ada darah lagi. Sah, aku akan bersalin. Tapi aku rileks je. Bloody show boleh berlaku seawal 72 jam sebelum bersalin. Sempat lagi membereskan semua kerja rumah yg tak selesai. Kiranya bersiap sedia la kalau betul-betul aku bersalin. Sempat lagi menukar cadar katil. Sempat kemas ruang tamu. Sempat itu.. sempat ini. Sempat pergi beraya ke rumah jiran. Sempat minta hubby potongkan kuku kaki. Hehehe. Malah sempat habiskan masa menonton tv dgn hubby sambil melantak kuih raya. Dlm masa yg sama, aku checked kontraksi yg dtg. Kontraksi hanya dtg secara regular menjelang pkul 5 ptg. Kontraksi selang 30 minit hinggalah ke saat air ketuban aku pecah.

Masa tu aku dgn hubby berehat kat dlm bilik sementara menunggu azan Isyak, kontraksi masih lagi selang 30 minit. Sakit pun sama mcm pagi tu. 7.30pm, kontraksi datang. Aku habiskan masa dgn memejam mata. Hubby melayan vcd kat sebelah aku. Kemudian, aku terasa sakit lagi. Belum sempat aku tgk jam utk mengetahui selang kontraksi, aku terasa mcm ada benda meletup dlm perut diikuti dgn rasa seperti ada ‘empangan pecah’. Yes, aku ketuban aku dah pecah pada pukul 8pm. Aku yg tgh baring masa tu terus bangun dan menjerit. Hubby terperanjat dan agak panic bila aku bgtau yg air ketuban dah pecah. Mujur semua barang telah aku sediakan.

Di luar, hujan turun dgn lebatnya. Sakit yg aku rasa masih di tahap yg sama. Cuma terasa air ketuban tu mengalir dgn laju. Tu yg buat aku agak panic. Takut air ketuban habis dan baby lemas. Perjalan ke hospital yg sepatutnya hanya mengambil masa 5 minit seakan lama. Hujan lebat, kenderaan semuanya bergerak dgn perlahan.

Setelah mendaftar di Emergency, aku dimasukkan ke Admission Room dlm pukul 8.20 malam. Hubby tak dibenarkan masuk ke Admission Room. Kat dlm tu, nurses memeriksa tahap kesihatan aku. Tak lama selepas tu, Doktor Rossa masuk utk memeriksa bukaan.

Dr: Confirm, 8cm!
Nurse: So, boleh pegi Labour Room terus la?
Dr: Boleh
Me: 8cm? (Dlm hati.. biar betul doctor nie. Takkan dah 8cm?)
Dr: Awak tak rasa sakit langsung ke? (Sambil muka dia mmg pandang ‘heran giler’ kat aku)
Me: Sakit biasa-biasa je. Baru selang 30 minit.
Dr: 30 minit? Awak ni betul ke? Mcm nie maknanya senang la awak nak beranak.

Then, dia minta aku tahan sakit sbb dia nak seluk lagi and besarkan sikit bukaan supaya aku tak perlu tunggu lama. Fuyoo, sakit woo masa dia nak besarkan tu. Selamba sungguh doctor nie.

Aku ditolak masuk ke Labour Room. Bila dah masuk Labour Room, hubby dibenarkan utk masuk. Masa nurses tinggalkan aku utk menunggu saat sakit bersalin, jam menunjukkan pukul 9 malam. Tak lama je lepas tu, aku dah mula rasa sakit yg amat kat bahagian ari-ari. Mula-mula aku tahan gak. Aku genggam kuat tgn hubby. Hubby keluarkan hankerchief utk lap peluh aku. Bilik sejuk tp aku berpeluh! Bila dah terasa mcm nak bersalin, hubby panggil nurses. Nurses checked and ckp yg aku dah nak bersalin. Head nurse siap suruh hubby tgk kepala baby yg dah mula nampak. Hubby tgk sekali imbas dan mula beristigfar. Dia terus pegang tgn aku and minta aku kuat semangat.

Sementara nak tunggu right timing utk meneran (make sure anda hanya meneran ketika kontraksi), nurse ajar aku utk push. Selepas 3 kali push, akhirnya our baby selamat dilahirkan ke dunia. Hubby terus terdiam tatkala melihat nurse menarik baby keluar. Aku hanya mampu menghela nafas lega.

Alhamdulillah, aku hanya terasa sakit ketika kontraksi selang 5 minit. Hanya sakit di bahagian ari-ari. Bila meneran tu, tak sakit. Cuma terasa la pergerakan baby tu. Terasa sedikit demi sedikit, bukaan tu terbuka.

Baby Humaira Batrisyia dilahirkan pada 2 Oktober 2008, pkul 2111.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.