Tuesday, July 08, 2008

You will always be in my memory

Aku masih ingat saat-saat aku bersedih lepas miscarriage tahun lepas. Berkali-kali aku ingatkan diri supaya tidak terlalu bersedih. Masa tu, aku berkata pada diri sendiri bahawa masanya akan tiba bila aku pregnant utk kali kedua, kesedihan tu akan hilang.

But I was so wrong. Bila pregnant buat kali kedua, aku masih teringatkan kandungan yg telah gugur tu. Mcm mana rupa dia kalau dia lahir? Lelaki ke perempuan? Ada lesung pipit ke tak? Walaupun tak sesedih dulu, rasa tu tetap ada. Pengalaman membuatkan aku agak berhati-hati masa second pregnancy. Kalau baby tak bergerak dlm sejam dua, aku freak out. Pernah sekali, 8 jam aku tak rasa apa-apa pergerakan. Mmg risau sgt. Hubby ckp, maybe baby tgh tidur sbb malam sebelum tu, kitorang main detective games sampai pkul 3 pagi. (Yeah, it sounds ridiculous!). Menjelang petang, ‘baby pun bangun’ and dia bersilat dlm perut tu tak henti-henti.

Maybe sbb tu aku suka dgr lagu Bye Bye by Mariah Carey. Aku tak malu nak ckp, mata aku mesti berair bila dgr lagu tu. Aku akan teringat bagaimana happy nye hubby bila tgk positive result kat my pregnancy test kit, betapa kelakar nya reaksi dia bila cuba bercakap dgn kandungan yg umurnya tak sampai sebulan dan paling aku tak lupa, air mata dia bila doctor mengesahkan aku dah keguguran. (Tulis entry nie je dah buat aku mengalirkan air mata). Aku tak boleh lupa semua tu.

Sekarang, kami dgn sabarnya menghitung hari utk memeluk baby yg ditunggu-tunggu. I’m sure he will be a great father.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.