Tuesday, April 29, 2008

The uterus is getting bigger day by day

Perut. Aku tau yg baby bukannya ada dlm perut tetapi dlm rahim. Tapi aku akan tetap guna istilah 'perut' dlm entry. Jadi tak payah la nak tegur aku. Ok?

Now, I can't wear my jeans anymore. Bukan sbb pinggang dah 'lari' tapi sbb perut yg makin membesar. Jeans masih boleh dipakai tapi bakal mendatangkan ketidak selesaan pada perut aku.

I think it's time for me to shop for pre-pregnancy clothes memandangkan usia kandungan dah melebihi 15 minggu. New pants, blouses, baggy t-shirt, sweatpants and more 'baju kelawar'. Pants and blouses insya Allah boleh bertahan sampai end of pregnancy kot. All I need to do is buying a bigger size. Baggy t-shirt boleh la pinjam hubby punye.. hehehe. Say bye bye to my baby t-shirt. Kalau aku pakai jugak, alamatnya sebijik mcm nangka kena balut!

Hubby dah taknak dukung aku. Alasannya,berat nak dukung 2 orang! Ceh, mcm la berat aku naik mendadak sgt. Baru naik satu kg, dah taknak dukung lagi? Ngade-ngade je. (Ke aku yg ngade-ngade sbb minta didukung.. hahaha). Ni kira ok la aku naik 1kg setelah 4 bulan pregnant. Sepatutnya naik 2kg.. tu kata doktor la.

Ada satu hari tu, masa tu aku tgh baca buku Kisah-Kisah Nabi dan Rasul sambil berbaring. Tiba-tiba dia pandang aku semacam. Aku pandang dia balik and ckp, "Nape? Ada hutang?" sambil tergelak. Dia ckp, "Ei, dah besar!". Lepas tu terus tunjuk kat perut aku yg dah x slim lg :)

"So skrg boleh la panggil 'Mak Bu'" katanya. "Mak Bu?" aku tanya sbb aku tak paham. "Ye la, skrg Mak Bu. Nanti 7 bulan ke atas, baru la panggil Mak Buyung!". Then, dia mula gelakkan aku. Dia akan tergelak besar setiap kali bayangkan rupa aku bila dah boyot. Dia siap buat gaya aku berjalan terkedek-kedek. Kureng betul. Geram beb tapi aku tahan je. Nak kejar dia satu rumah, dah tak larat.

Hubby bought a present for the little baby. It's a thick book entitled Kisah-Kisah Nabi dan Rasul. At first, I thought he bought it for himself. Then, I started to read it during my free time. One night, he told me that the book is for the baby. He wants the story of Nabi and Rasul to be a bed-time story for our child. Eiii... baiknya hubby aku.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.