Tuesday, April 29, 2008

Cord blood stem cell

Pernah dgr Cord Blood Stem Cell? Aku mula didedahkan dgn perkara nie sejak tahun lepas. Tapi aku kurang ambil peduli sbb time tu tak pregnant lagi. Bila dah pregnant, aku terfikir utk cari lebih maklumat ttg perkara nie.

Basically, ia merupakan satu pelan kesihatan utk anak anda. Bila anak anda dilahirkan, doktor akan ambil darah tali pusat dia and simpan dlm lab untuk kegunaan di masa depan. Di Malaysia, CyroCord merupakan satu syarikat biotech yg mempunyai lab utk menyimpan simpanan darah nie.

Sel stem boleh diambil dari 3 source. Embryo, tali pusat dan sum-sum tulang. Kalau diambil dr embryo, ia akan memusnahkan embryo. Kalau diambil dr sum-sum tulang pulak, ia boleh mendatangkan bahaya. Malah, kosnya agak mahal. Ambil sel stem dr tali pusat merupakan cara termudah dan tidak menyakitkan. Lagipun, tali pusat tu tidak akan digunakan lagi.

Aku boleh bercerita panjang ttg hal nie tapi rasanya lebih baik korang baca sendiri kat website CyroCord.

Dgn hanya bayaran RM 800.00, ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa anak dan keluarga anda di masa hadapan. RM 800.00 tu mungkin nampak banyak bagi sesetengah org. Malah, ada yg merasakan perkara nie tak perlu. Terpulanglah pada setiap individu.

Aku dah bercerita ttg panjang lebar pd hubby mengenai perkara nie. Setelah memahami, dia pun bersetuju utk mendapatkan khidmat CyroCord. Kita tak tahu ape akan jadi di masa depan. Jadi tak salah utk mempunyai pelan kecemasan seperti ni. Mane la tau, aku dgn hubby dah takde lagi.. sape nak tlg anak kami kalau dia tiba-tiba perlukan rawatan yg melibatkan penerimaan sum-sum tulang dsb.

Aku mmg sentiasa open minded utk perkara-perkara mcm nie. Tak perlu nak berfikir panjang. Derma darah ke.. derma organ ke.. simpan stem cell ke.. Tak merugikan pun.

Tapi bile aku berkongsi info ni dgn org lain, mereka mempunyai persepsi berbeza. "Ah, buat apa.. membazir je" "Ala, tu mcm insurance. Tak penting pun" . Unfortunately, komen2 tu byk dtg dr org Melayu. Bukan nak ckp ape la kan tapi bila aku berkongsi hal nie dgn org Cina, semuanya beri pendapat yg positif. Malah, ada yg bertanya mcm-mcm kat aku sbb diorg berminat nak melakukan perkara yg sama.

Pepatah Melayu ada menyatakan, "Jangan dah terhantuk, baru nak tergadah".

1 scribble(s):

lovelymummy said...

hi,
i just read through ur blog when searching for the info about Noxxa Breadmaker.when i read about this blog, i can tell u that it's really worth & good to save the stem cell of ur baby.it can save not only the baby itself but the life of siblings & parents when it as well. i store my baby one with the company name "stem cell" which highly recommend by my doc in Island Hospital. save the best for our baby!Good luck to ur pregnancy too!

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.