Tuesday, April 29, 2008

Confinement period

Baru di awal trimester kedua, aku dgn hubby dah mula berfikir ttg confinement. Aku dijangka melahirkan anak pada bulan 10. Insya Allah 2 minggu lps hari raya. Mula-mula ingat nak berpantang kat rumah sendiri je. Tapi bila memikirkan time tu raya, ada baiknya aku berpantang kat Seremban. Boleh jugak kenalkan baby kat saudara-mara. Cuma hubby hanya dpt menjenguk aku di hujung minggu aje la.

Bila nak berpantang kat Seremban, aku dgn hubby terfikir ttg satu perkara. Nak bersalin kat mana? Sban atau KL? Dia cadangkan aku pergi private hospital utk dptkan kemudahan yg lebih baik tp aku rasa nak bersalin kat hospital kerajaan je. Takde sbb utk aku takutkan hospital kerajaan sbb mak aku bersalin kat hosp. kerajaan. Adik aku pun. So why not? Lagipun, private hospital akan charge mahal sbb dia bg pakej 3 hari 2 malam. Amboi, mcm nak pergi bercuti pulak. Aku tak rasa aku nak lepak kat sane lama-lama. Membazir la.

Maybe aku akan bersalin di Hospital Ampang sbb dekat dgn rumah. So nak pergi last minute pun, sempat lagi kot. Hehe.. buat apa nak panik kan? Lps keluar hospital, boleh terus blk ke Seremban. Kat sana, suasana tak la riuh mcm kat sini. Takde budak kecil melainkan Danish yg baru nak masuk 10 bulan masa tu nanti. Dia pun bukan jenis yg suka menangis. Rasanya lebih baik berehat kat sana.

Kenapa tak consider utk bersalin kat Seremban? Ahaks.. sbb aku taknak dia lahir kat Seremban. Nanti dicop "orang Negeri Sembilan". Kalau dah besar nanti, org takut nak kahwin dgn dia sbb dia org negeri. Hahaha... jauhnya pemikiran aku. Hubby gelak je bila aku bg alasan tu. Lagipun, kalau nak bersalin kat sane, aku kena dah ada kat Seremban awal-awal. Baru la boleh pergi hospital tu bila nak bersalin. Aku tak terfikir nak ambil cuti sebelum bersalin. Therefore, it's not an option to deliver my baby at my hometown.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.