Thursday, March 13, 2008

Red blood

Date: 11/03/2008

12.10 midnite.

Aku yang masa tu tgh baring-baring kat atas katil dah mula rasa semacam. Aku rasa mcm basah. Aku rasa tilam pun basah. Dari samar-samar lampu, aku nampak satu tompok warna gelap kat cadar. Aku terus menjerit, "Darah!!". Eventhough samar-samar, aku yakin apa yg aku nampak tu darah. Hubby terus buka lampu. Mmg sah, DARAH!

Aku dah panik. Terasa mcm dejavu. Perkara lama berulang kembali. Dah tak boleh nak fikir ape time tu. Aku terus meraung dan menangis. Hubby cuba menenangkan aku tapi tak berhasil. Aku hanya fikirkan anak dlm kandungan nie. Puas hubby pujuk aku bersiap utk ke hospital tapi aku hanya mampu berdiri kaku sambil melihat darah mengalir turun ke kaki. Walaupun tak byk yg keluar masa tu, tompok merah yg agak besar yang dah tercalit di cadar betul-betul buat aku meraung. Tompok besar, merah dan pekat! Aku menangis lagi. Hampir 10 minit hubby peluk aku sambil cuba menenangkan aku. Akhirnya aku ke bilik air utk membasuh darah yang mengalir keluar. Kebimbangan makin memuncak apabila ada cebisan tisu yg tercalit di peha.

Semasa bersiap ke hospital, darah mengalir lagi. Aku dah makin panik. Dlm perjalanan ke hospital, aku menangis tak berhenti-henti. Hubby nampak risau tapi dia cuba tenangkan diri dgn berzikir dan berdoa. Kami terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Ampang. Masa tu mata aku dah bengkak tapi aku tak peduli. Biarlah org nak pandang.

Aku tak lepaskan tgn hubby. Dia tau aku risau. Sedaya upaya dia pujuk aku. Sesekali, dia berkata, "Ni semua salah abang". Hmm, ntah bile pulak dia buat salah ntah. Mungkin sekadar nak menyedapkan hati aku.

Register pkul 12.30 a.m., dpt jumpa doctor pkul 1.40 a.m. First, doctor buat pregnancy test dulu. Hasilnya, masih positive. Then, doctor tu panggil doctor from O & G. Doctor O & G tu scanned my womb. Alhamdulillah, baby masih ada. Tak nampak terjejas. Degupan jantung pun normal. Masa tgk baby tu mmg lega sgt la. Alhamdulillah.

Masa doctor sibuk scan tu, saja je minta nurse panggilkan hubby. Nak bg dia tgk sbb dia tak pernah tgk lagi. Hehe.. boleh nampak reaksi muka dia bile tgk anak dia for the first time. Muka dia mcm nak nangis tapi dia control. Ahaks, dia kata dia terharu tgk baby tu. Itulah reaksi yg aku tunggu-tunggu selama nie!

Yes, this time dah nampak baby dlm tu. Last time scan, tak nampak ape. Ni dah nampak bentuk sikit. Nampak la jantung tu berdegup. Sukar nak gambarkan perasaan masa first time nampak our baby.

Doktor tak tau punca sebenar berlaku pendarahan. Tapi berkemungkinan besar sbb hormon. Doktor hanya anggap ia sebagai kandungan terancam. Aku diberi rehat selama 2 hari. Tak boleh buat kerja berat. Kena kurangkan berjalan. Setakat nie, tak berlaku pendarahan susulan. Harap-harap itulah kali terakhir berlaku komplikasi sebegitu.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.