Sunday, March 23, 2008

Don't you call me Mak Buyung until 7 months

Skrg dah masuk 10 weeks. Perut dah makin membesar cause of water retention. Jeans masih muat tp rasa tak selesa kat bahagian perut sbb mcm terpaksa mengecilkan diri dlm jeans yg kecil. So skrg kalau nak keluar, pakai track bottom je. Lega! Selain dr perut and 'little girls' yg makin membesar, takde perubahan fizikal yg lain yg telah berlaku. Morning sickness pun langsung takde. Alhamdulillah sgt sbb Tuhan permudahkan perjalanan aku.

Tapi bila perut dah makin besar, rasa malu pun dtg. Bkn malu sbb pregnant. Rasa malu tu dtg sbb org xtau aku pregnant. Mmg aku tak beritahu ramai org. Hingga ke hari ni, hanya ahli keluarga, Weed, Ita, Zai, Sue, Niza dan Ezu yg tahu ttg perkara nie. So bila org yg taktau ni nampak perut aku, diorg mcm tertanya-tanya. Mengandung atau mmg dah gemuk? Erm... Ada sorang kwn aku lagi selamba. Dia boleh tunjuk perut aku and tanya, "Ko pregnant ke?". Bila org tanya, aku taknak ngaku (atas sbb yg aku pernah beritahu dlm entry terdahulu). Bila aku tak ngaku, diorg akan anggap aku dah buncit! Huwaaa... I hate it!

Berat aku masih sama mcm masa baru sebulan mengandung dulu. Doctor suruh aku mkn byk-byk bagi berat naik. Sorry la doctor. That's not my style. Plus, ni kira dah mkn byk la sbb dah mkn 3 kali sehari. Kalau tak, aku mkn sekali atau 2 kali sehari je tau.

Hubby dah mula kenakan aku. Katanya, tak lama lagi, boleh bagi nick name baru utk aku iaitu Mak Buyung! Sampai hati. Saya masih comel lagi eh.. tak sesuai nak panggil Mak Buyung.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.