Thursday, March 13, 2008

8 weeks passed..

Date: 03/03/2008

Wohoo!

8 Weeks! Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Bila tgk my pregnancy calendar pagi nie, rasa mcm berair je mata nie. Perasaan bercampur baur.

Gembira sbb dah berjaya sampai ke minggu kelapan.

Nervous menanti nak habiskan first trimester.

Excited nak peluk my baby 7 bulan lagi.

Okay Liz, take a deep breath. Just take care of yourself. Everything will be okay. Insya Allah.

Walaupun tgh pregnant 2 bulan tapi aku tak rasa mcm pregnant pun. So far, no vomitting, nausea, morning sickness etc. Without all these, it makes me feel like.. urm, ordinary. Kadang-kadang rasa mcm tak sabar nak attend the next check up sbb nak tgk samada betul ke ada baby dlm rahim nie. Ahaks, susah nak describe.

Masa first time doctor scanned my womb, takde la excited sgt sbb aku tau, mmg tak nampak ape lagi. Plus, ni bukan kali pertama aku kena scan. So perasaan excited tu takde la sgt.

It was like one scene in TV Series; Friends. Masa Rachel pregnant, Ross bwk dia jumpa doctor. Doctor scanned. Hanya Ross yg nampak baby (or a tiny dot) dlm womb tu while Rachel tercari-cari kat screen. She cried sbb dia tak nampak ape yg Ross nampak. It was so funny! But that is the reality. You won't see anything at the screen. The doctor will say, "Oh, I can see the sac. It's smooth so no need to worry. The chances for miscarriage is low". You, will look at the monitor and try to see "something". Hey doctor, what I can see is something black,something white and something oval! Hahaha.

Disebabkan aku tak rasa mcm pregnant, kdg2 terlupa pulak yg aku pregnant. Sometimes, aku akan turun naik tangga dgn cepatnya. Sekali-sekala, aku selamba je berlari-lari anak. Bila dah camtu, hubby menjerit kecil kat aku. Lepas tu, baru la tersedar yg aku tak patut buat camtu. Utk org lain, maybe takpe kot. But my doctor dah pesan agar aku jauhkan semua tu. Naik motor pun tak boleh tau! Mmg kena berhati-hati masa first trimester nie.

Walaupun aku tak dpt apa2 simptom, ada dua perkara yg dah berubah. Selera makan dah hilang sikit. Skrg nie, mcm takde selera nak makan malam. Sarapan mmg aku ambil tiap2 hari. Lunch, tak mkn nasi. Selalunya aku mkn kuih atau roti. Kalau diikutkan, sepatutnya malam mesti la lapar kan? Tapi bila malam je, tekak nie rasa tawar semacam. Tgk lauk pun mcm takde selera. Kalau mkn pun, mesti tak abes. I have to eat in small portion. Entah, rasa mcm tak best bila makan nasi. Terasa mcm nak mkn benda lain.. bubur la.. yong tau foo la. Ahaks, pernah sekali tu..konon takde selera makan la.. tapi terasa nak mkn sushi. So ajak la hubby pg Sushi King. Selalunya, kitorang akan makan minimum dlm 8 pinggan sushi. So bila aku kata aku takde selera, dia ingatkan aku nak makan sikit je. Tapi tu la.. sbb dah suka sushi kan.. takde selera pun boleh jadi ada selera secara tiba-tiba. Lepas satu-satu aku makan. Last2 8 pinggan jugak. Tu belum masuk makan yasai tempura lagi. "Kata takde selera! Ni sape yg lapar sebenarnya?" hubby perli. Dgn innocent nya aku jwb, "Anak nak mkn. Bukan Liza. Dia yg lapar". "Nampak mcm Liza je yg lapar!" hubby perli lagi. Hehehe...

Another one is aku cepat rasa mengantuk di waktu malam. Kalau dulu, pukul 12 pun belum tentu lagi mengantuk. Tapi skrg, pkul 9.30 dah menguap. Kalau takde ape, mmg aku masuk tido awal walaupun diperli oleh hubby. Can't help it.. mmg dah ngantuk sgt dah! Sometimes hubby will wake me up semata-mata utk teman dia yg masih terkebil-kebil kat atas katil sementara nak tunggu mengantuk. I was like, grrrrr.... don't disturb me or I will get mad! Setakat nie dah 2 kali la dia kena marah. Hikhik.. ampun la abg! Orang dah tidur, kenapa la di kacau.. tu cari pasal namanya.

Tak sabar nak tunggu my next check up. Kalau tak silap, masa tu dah Week 11. Dah boleh nampak my baby :]


0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.