Thursday, February 07, 2008

I am a pregger

I’m a pregger :]

Berita baik, kan? Tapi aku masih takut. Maybe sbb pernah mengalami keguguran pada tahun lepas. Aku masih ingat perasaan bila kali pertama nampak 2 red lines kat pregnancy test. Even hubby pun berkali-kali tgk lines tu. Aku sampai tunjuk kat kak Ama utk mendapatkan pengesahan dr dia yg mata aku nie mmg nampak 2 lines! Masa tu mmg excited sgt.

Tapi kegembiraan tu diragut 3 hari kemudian. Aku keguguran. Sebabnya masih belum dpt dipastikan hingga kini. Tapi doctor membuat andaian yg mungkin ada kecacatan disebabkan pengambilan ubat Carbimazole. Ubat tu utk penyakit thyroid aku. Eventhough my hormone dah stabil sejak April 2007, aku terpaksa menerima rawatan hingga June 2008 (rawatan thyroid ialah selama 1 ½ tahun). Aku masih mengambil ubat tu hinggalah pada December 2007.

Sejak tahun 2008, aku berhenti mengambil ubat tu. Lagi pun, blood test result pada January 2008 menunjukkan hormone aku stabil. Aku terlalu nak sgt dpt anak sampai sanggup tak mkn ubat.

Now, I’m a pregger! (Ni 2nd time aku sebut ayat yg sama.. hehe..)

Due to my history yg sgt ‘menarik’ (ada thyroid and pernah mengalami keguguran), aku tergolong dlm golongan yg sgt berisiko utk mengalami keguguran lagi. Selalunya kes camni, kena terus rujuk ke general hospital. Aku cuba ke private clinic utk dptkan consultation (malas nak ambil cuti semata-mata nak pegi hospital) tapi doctor tu pun tak berani nak terima aku as patient dia. Dia takut dia terlepas pandang kes aku. Takut jadi apa2 kat baby. So nak tak nak, aku terpaksa cari jalan utk ke hospital.

Aku cuba telefon pihak hospital. Cuba nak berckp dgn my doctor, Dr Liew Nyen Chin tapi dia dah cuti CNY pulak. Kat doctor lain, aku cuba bgtau masalah aku yg susah nak dpt cuti (bkn ape, my boss xtau aku pregnant). Doktor suruh hubby dtg ke hospital utk dptkan appointment. Selesai satu masalah. Dlm kepala otak nie dah mula cuba nak reka cerita utk boss.

Malam tadi aku mengadu kat Tuhan. Minta di ringankan beban di hati nie. Minta dipermudahkan urusan aku. Alhamdulillah, Tuhan mendengar doa insan yg hina nie.

Smalam, my boss ckp aku kerja half day. HALF DAY bermaksud ptg tu, aku boleh ke klinik kesihatan and minta doctor buatkan surat rujukan utk aku. Now dah dpt appointment. 22 February will be my first check up. But a week before that, aku kena ambil ujian darah utk pastikan hormon berada di paras normal.

Aku mmg sgt risau skrg nie. Kalau aku lambat mendapatkan rawatan, janin bakal mengalami kecacatan di trimester pertama. Kalau tak cacat pun, dia akan jadi tak aktif pada trimester kedua :[

Ya Allah, minta la dijauhkan semua tu.

My mom kata jgn la risau. Dia pun pernah kena thyroid. Malah kes dia lagi teruk. Masa mak aku mengandungkan adik-adik aku yg lain, dia masih ada penyakit tu. Tapi alhamdulillah, adik-adik aku semuanya normal. Mane boleh aku tak risau. This is my 2nd pregnancy. Aku harap sgt la baby nie survive sampai dia lahir nanti.

0 scribble(s):

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.