Wednesday, December 31, 2008

It's for a lifetime

Lepas dah kahwin, langkah ku masih panjang. Nak keluar dgn kwn-kwn pun masih boleh lagi. Nak tgk wayang, hang out sampai tgh malam.. semua masih boleh. Bila dah ada Batrisyia, semuanya jadi terhad. Dah x dpt tgk wayang buat sementara waktu. Nak keluar sampai jauh malam pun dah tak boleh sbb tak elok bwk keluar budak kecik sampai tgh malam. Nak keluar dgn kwn pun dah mcm kurang sesuai sbb diorg mesti nak jln2, tgk wayang etc.. boleh ke aku bwk Batrisyia sekali? Kalau setakat keluar mkn, shopping tu boleh la. Tapi tgk wayang, mmg dah tak boleh.

Agaknya sbb tu la org yg dah ada anak lebih suka keluar dgn org yg dah ada anak jugak. Sbb mereka saling memahami. Kalau ada masalah yg timbul, kwn kita akan faham situasi tu. Yer la, kalau tiba-tiba si ibu kena tukarkan pampers si anak atau kena bf anak, tak ke mengganggu keseronokan kwn2 yg single tu? Entah la..

Bila cuti, aku mesti ajak hubby keluar. Selalunya dia akan tanya, “Nak keluar pegi mana? Asyik nak jalan je. Aritu kan baru keluar”. Sesungguhnya, aku ajak keluar utk menghilangkan kebosanan. Sometimes, I need a break from my routine as a mother. Tiap-tiap hari buat benda yg sama sampai takde masa utk diri sendiri. Utk kwn-kwn, lagi la susah nak cari masa. So bila dpt keluar jalan-jalan, hati rasa sedikit relaks. Tapi kalau duduk rumah sendiri, definitely aku akan terperap kat rumah je. Lagi best!

Esok cuti tahun baru. Sekali lagi, aku ajak hubby keluar dan sekali lagi dia bertanya, “Nak pegi mana?”. Hmm, ingat nak pergi The Gardens. My plan is to celebrate our 2nd wedding anniversary there. Aritu tak dpt celebrate ape pun sbb Batrisyia demam. Now, mcm malas lak sbb mesti ramai org. Nak masuk jalan ke sana pun mesti jammed mcm minggu lepas.

Rasa mcm dah agak terlambat utk celebrate pun. Hikhik.

Nak jalan ke mana esok ye? Oh, maybe boleh pegi AEON Setiawangsa. Tmpt tu kan baru buka. Boleh la tgk ape yg ada kat sana. Leh shopping sikit-sikit.

Haiyo, saya perlu cari kwn-kwn baru dikalangan ibu-ibu. Sape mau join saya? To mothers yg sangap mcm saya, jom la keluar sama-sama.. hehee..

Things will never be the same again.

Friday, December 26, 2008

Got milk?

Everyday, aku akan bekalkan 6 botol susu yg berisi 3.5oz susu setiap botol. Selalunya, by the time aku jemput dia dr taska, ada berlebih satu botol. Kdg2, takde lebih pun. Maknanya, Batrisyia minum 17.5oz dlm masa 7 pagi hingga 6 ptg. Malam pulak, tgk mood dia. Kdg2 dia minum byk kali. Kdg2, lepas 2 kali minum, dia terus tidur sampai subuh.

Aku berhasrat nak kumpul stock EBM byk-byk. Paling kurang nak simpan 50 botol. Tapi situasi aku skrg nie tak membolehkan aku utk berbuat demikian. Takde tempat nak letak. Peti ais kat rumah penuh dgn segala makanan, junk food, ice cream, lauk semalam dan sayur-sayuran. Pernah sekali tu, aku terpaksa ‘merelakan dlm paksa’ stok EBM yg aku simpan dlm bekas dadih dibuang. Yer la, bkn peti ais aku pun. Bila tuan punya nak buang dgn alasan tak cukup tempat nak letak ikan, aku nak kata apa lagi =(

Aku ingat nak je beli deep freezer and letak kat Seremban. Simpan kat sana. Kalau ada emergency, balik je Seremban utk ambil stok. Bukannya jauh sgt pun.

Wah, saya sgt desperate utk jadi umi yg baik. Hehehe..


Atas permintaan Sue, saya tepekkan gambar Batrisyia. Gambar diambil pada Ahad lepas.


What's special for Christmas?


Gambar ni diambil pada hari raya pertama yg lalu. One of the High Commission of South Africa's officers dtg ke rumah utk beraya. Kami panggil dia Mr. Andre. Dia dtg bersama wife and salah seorang anak perempuan dia. Seorang lagi anak perempuan dia terpaksa tinggal di rumah sbb ada kerja yg perlu diselesaikan. Mr. Andre nie baru ditugaskan di Malaysia. Dia officer bahagian politik. Merupakan org kedua tertinggi dlm kedutaan di Malaysia. Orgnya humble. Wife dia sgt sweet dan peramah. Hubby selalu tlg diorg masa mula-mula diorg sampai ke sini. DUlu, bila dia tau yg aku suka mkn JCo Donuts, wife dia belikan sedozen donuts, hanya utk aku!


Bila tiba hari raya, hubby ajak mereka ke rumah utk rasa suasana hari raya kat sini. diorg excited sgt tau. Bergambar tak ingat. Siap nak ambil gambar makanan. Diorg suka mkn lemang dan rendang. Biras aku sampai bwk keluar buluh lemang utk tunjuk kat diorg. Ceritakan camne nak masak lemang, ketupat dan rendang. Masa tu, kitorang buat demonstrasi menganyam ketupat. Hehehe.. dah mcm homestay lak rasanya. Mcm-mcm diorg tanya.

Bila nak balik, kitorang bekalkan ketupat, lemang, rendang, masak lodeh dan sedikit kuih-kuih raya. Kat anak dia, kitorang bagi duit raya. Memula diorg blured sbb anak dia dpt envelope warna hijau. Dia tanya, apa benda nie. Aku pun terangkan la konsep duit raya. Diorg terkejut sbb tuan rumah bg duit kat org yg dtg ke rumah. It was supposed to be the other way round, katanya.

I love this family, actually. Walaupun diorg tak pernah jumpa aku sebelum nie, diorg selalu tanya kan khabar aku melalui hubby. Kdg2, hubby terpaksa kerja overtime utk tlg Mr. Andre. But Mr. Andre selalu menolak dgn alasan aku tunggu hubby kat rumah. Mereka sgt concern.

Masa Batrisyia dilahirkan, mereka hadiahkan pakaian-pakaian berjenama dan toiletries utk baby. Bukan sehelai baju tau tp nak dekat 8 pasang baju rasanya.

Therefore, sempena Christmas Day, aku nak buatkan sesuatu utk this family. Tapi skrg ni diorg pergi bercuti. Cuma Mr. Andre akan hadir sebentar di office pada 31hb nie. Aku tgh fikir, aku nak buatkan apa utk family nie.

Any suggestion?

Bila kereta merajuk

Orang kata, kalau nak beli kereta baru, jgn ckp depan kereta lama. Nanti kereta lama merajuk. Ye ke? Bunyi tak logic tp cuba korang try buat. Nasib tak baik, kereta korang akan buat hal.

Dulu mak aku nak jual kancil and beli kereta baru. Dia ‘terberitahu’ depan kereta lama. Selang beberapa hari lps tu, kereta tu terlibat dlm kemalangan jalanraya. Hancur depannya. Kebetulan.

Pagi nie, kereta aku buat keputusan utk merajuk. Dimatikan enjin di tgh-tgh kesesakan lalu lintas. Tak boleh start semula. Aku called hubby yg kebetulan tak bekerja hari nie. Tak diangkat. Aku smsed.. tak jugak call aku. Last-last, aku keluar dr kereta. Dgn ayu berbaju kurung pink siap tudung pink lilit eh, aku menapak ke taska anak aku yg berada tak berapa jauh dr tmpt kejadian. Kak Reena tlg call kan hubby. Hubby angkat pulak. Dia kata, takde call in pun. Pelik! Takpe la.

Hubby jemput aku. Di tgh-tgh jalan tu, dia guna jumper utk start kan enjin. Tak jugak nak hidup. Kereta lain byk yg hon. Ceh, buta kah mata korang? Kereta aku kan rosak nie. Tak reti nak ambil laluan lain ke? Aku pandang kereta hitam yg makin buruk di mata aku. Ko nak merajuk dgn aku ke? Aku jual ko betul-betul nanti. Entah ape yg hubby buat, last-last baru la enjin nak hidup.

Kereta dah mula merajuk.

Our Christmas Day

Seperti yg dirancang, kami ke IKEA on Christmas Day. Sampai IKEA, susah nak cari parking. Ramai betul org pegi IKEA. Mau setengah jam baru dpt parking. Masuk dlm, terus tak jadi nak survey brg2. Ramai sgt org. Mcm kat pasar. Sudahnya terus pegi kat Market Hall, ambil apa yg patut dan bayar. Huwaa, tak sempat nak singgah kat bahagian kitchenware. Baru ingat nak usha dining set.

Then, singgah ke Ikano. Batrisyia nak susu tp kat IKEA tu ramai sgt org. So ingat nak pegi Baby’s Room kat Ikano je. Tapi kan, dlm pada nak pegi BR, sempat tu beli baju kat Brand Outlet. Dpt la belikan Batrisyia 2 helai Carter’s rompers. Yah, saya sgt suka rompers. Senang sbb sehelai. Nak tukarkan pampers pun senang. Nak sidai kat ampaian pun tak perlukan ruang sgt sbb dia sehelai. Kalau baju sepasang, kan perlukan ruang yg lebih.

Yah, bila Batrisyia dah melalak, baru la kecoh nak pegi Baby’s Room. Kami ke tingkat 2 sbb rasanya tak ramai org gunakan BR kat sana. Mmg betul! Masa pegi, takde org pun. Dpt la bf Batrisyia dgn aman. Dia pun mcm suka je.

Oh, terlupa nak bgtau. Semalam, Batrisyia asyik muntah je. Actually, bkn la muntah. Cuma dia keluarkan balik susu yg dia minum. Paling teruk masa kat Bangsar Village. Opps.. yerp, lepas menyibukkan diri kat Ikano, kitorang ke Bangsar Village. Masa nie Batrisyia nak susu lagi. Dgn takde signboard nye, meraban la cari BR. Tanya guard, semua taktau. Last-last, hubby Tanya cleaner. “Cleaner mesti tau sbb diorg yg akan cuci tempat tu”. Logik kan alasan dia tu. Hmm, mmg cleaner tau. Dia yg tunjukkan arah.

Lepas bf Batrisyia kat sini la, dia muntah byk. Habis kena baju hubby. Baju dia pun basah. Baju Batrisyia mmg aku ada bwk spare. Hubby la takde baju. Seb baik dia ada shopping baju masa kat Ikano. So aku la pegi ambil baju baru dia kat kereta. Hehe.. Dlm bilik tu gak diorg tukar baju.

Boring la kat Bangsar Village. Tak tau nak buat apa. Dlm pada nak cari tmpt mkn, aku nampak Sakae Sushi. Apa lagi, kitorang pun lunch kat sana. Not bad tempat tu. Sushi pun sedap-sedap. Rekod tau kitorang mkn sampai 14 pinggan sushi. Selalunya mkn dlm 10 pinggan je. Sushi kat sini siap ada letak cheese. Kalau korang suka mkn sushi, boleh la cuba mkn kat Sakae Sushi.

Bila dah ada anak, tak dpt nak dating berdua lagi. Nak pegi mana-mana pun kena pk anak. Sesak tak tempat tu? Mane BR nye? Senang tak nak mkn kat restoran tu? Nak mkn ape? Nampaknya kena tunggu Batrisyia besar sikit baru la boleh pegi dating berdua semula.

Psst.. hubby kata baby muntahkan balik susu sbb susu tak sedap. Susu tak sedap sbb aku mkn nasi lemak sambal ikan bilis petai pada hari sblm tu. Ceh, mungkin jugak la eh!

Tuesday, December 23, 2008

Good Old Days

I'm in the office.. buat kerja sambil surfing Internet.. yeah, multi-tasking aa katakan. Tgh tergelak-gelak, tersenyum-senyum, terkebil-kebil dan kehairanan bila baca my old blog.

Sungguh, aku heran nie. Mcm bukan aku yg tulis semua mende tu.

Sometimes Love Just Ain't Enough.. bile masa aku suka lagu nie? (Makcik blur, okay!)

Poligami.. entry ni mmg aku ingat sgt.

Perihal RM1.. ni pun aku tak ingat apa-apa.

Hot Milo.. Hot Milo? Dulu aku suka Hot Milo gak ke? Erk, cap SAPE yg aku simpan???

Perfect Soulmate.. haiyo, aku kah yg tulis entry nie?

Cinta Air Buah.. damn it! Aku tergelak-gelak sampai berair mata.

Seriously, aku tergelak-gelak baca my old blog. Ada yg merapu, ada yg boleh tahan bagus.. wakakkaa.. Bagus gak tulis blog eh, leh ingat kenangan lama.

My God, cap sape yg aku simpan??

Thursday, December 18, 2008

Sudah sihat


Ye ye.. Batrisyia dah baik dr demam. Alhamdulillah. Balik dr taska, dia tak penat bermain. Tidur sekejap je. Pastu bgn balik. Hubby kata, Batrisyia betul-betul tidur nyenyak pukul 2 pagi. Ahaks, aku dah tak larat nak main dgn dia so pukul 11.30 aku dah masuk tidur. Tak larat weih melayan budak yg baru baik dr demam nie. Energy dia lain macam. Tak reti-reti nak tidur. Hehe.. takpe la, janji sihat.


Love this pic!

Batrisyia dgn play gym nye.


Tgh tidur kat car seat

Ingat tak aku ada cerita ttg Batrisyia yg tak suka kalau stroller dia berhenti bergerak? Huhu, perkara nie bkn hanya apply kat stroller je tp juga apply ketika dia berada dlm kereta dan juga ketika org dukung dia. Dia sgt suka pegi berjalan-jalan. Hubby kata dia jadi camtu sbb masa aku pregnant dulu, aku suka pegi jalan-jalan. So si kecil nie pun dah biasa bergerak. Kalau kereta berhenti kta traffic light utk jangka masa yg agak lama, Batrisyia mula tak tentu arah. Tapi bila kereta dah bergerak semula, dia diam balik. Mcm tu jugak kalau org dukung dia.

Rambut dia dah panjang mencacak skrg. Muka dah sedikit bulat tp belum tembam sgt. Peha dah ada 3-4 lapis. Tgn je belum berlapis lagi. Bila la nak jadi Ms. Michelin nie.

Batrisyia demam - Part II

Sian dia.. demam eh?

Batrisyia on 17/12/2008.. dah sihat?

Masa ambil Batrisyia dr taska petang Isnin lepas, badan dia panas. Kak Dilla ckp, badan dia panas semula ptg tu. Tgh hari dia tak demam. Balik je, terus tgk suhu dia. 38.8. Terus informed hubby and malam tu pergi bwk Batrisyia pegi jumpa paed. Dr. Hoh buat rujukan ke Hospital Ampang utk dibuat ujian lanjutan.

Hati dah risau masa nak bwk Batrisyia sbb takut dia kena tahan wad. Kesian lak. Ramai pulak pesakit kat ER malam tu. Kitorang mendaftar pukul 10 malam. Sementara tunggu doctor, aku lap badan and kepala Batrisyia dgn tuala basah.Pukul 1.30 pagi br doctor checked. Doctor just arahkan buat sponging kat rumah and dia bg ubat utk dimakan.

My hubby terus called my boss and minta cuti 2 hari. Sepanjang 2 hari tu, aku jaga Batrisyia. Alhamdulillah, demam dia kebah ptg Selasa. Hingga ke Rabu malam, dia sihat.

Pagi tadi, terasa badan dia mcm hangat tp tak demam rasanya. However, aku bg jugak ubat demam kat taska. Mana la tau demam dia dtg balik disebabkan prosedur yg Dr. Nasir buat utk jaudice test dia. (FYI, Rabu tu kitorang dpt result jaundice test dia and ada test yg kena repeat).

Thanks atas doa korang semua. Now, I'm in the office tp otak tgh pk kan Batrisyia kat taska. Risau demam dia dtg balik. Will update about her condition later.

Monday, December 15, 2008

Batrisyia demam

Semalam, Batrisyia demam. Taktau la camne dia leh demam. Hehe. Malam sebelum tu, dia elok je. Siap 'bercakap' dgn kitorang lagi. Senyum-senyum lagi. Pagi semalam, dia nak nangis masa dimandikan. Masa tu badan dia tak panas pun. Menjelang 2 ptg, dia dah mula merengek. Badan lemah dan bahang. Cuba bersuara tp sgt perlahan. Mcm mengeluh je. So kitorang lap-lap badan dia dulu. Taknak bg ubat lagi.

Malam kat Cheras, demam dia tak kebah. Thermometer menunjukkan suhu dia dah mencecah 39.2. Tinggi tu! Masih lagi lap-lap badan dia, letak Kool Fever sume la. By 1 a.m., baru bg dia ubat demam yg dpt masa pegi cucuk imunisasi dulu. Sejam lepas tu, dia dah mula aktif. Kalau sebelum ni melepek je, ni dah gerak-gerak and tendang-tendang. Dah senyum-senyum. Suhu dah turun ke 37.4. Jadi semua org boleh tido dgn aman.

Pagi nie, checked suhu dia semula. 37.5. Aku tepek je Kool Fever kat dahi dia and bekalkan ubat demam ke taska. Siap pesan kat akak tu minta tlg lapkan badan dia.

Bila dah jadi camni, rasa mcm tak seronok nak pegi kerja. Tempat seorang ibu tu di sisi suami dan anaknya. Dah jadi tanggungjawab aku utk jaga Batrisyia kalau dia sakit. Tapi aku terpaksa pergi kerja. Bukan aku taknak ambil cuti tp aku akan cuti Rabu ni utk bwk Batrisyia dptkan keputusan ujian jaundice. So nak cuti byk kali tu, bos aku tak bagi. Haih, tunggu la setahun dua lagi. Mungkin aku akan jadi housewife. Yes, tu yg aku harapkan.

Wednesday, December 10, 2008

Saya mahu pulang

Saya dilanda kebosanan yg amat!!

Waaa.. mata pedih mengadap monitor dr pagi td.

Mau mengadap benda lain pulak.

Semalam taska tutup so aku kerja separuh hari utk jaga Batrisyia. Hari nie, hubby lak cuti utk jaga anak perempuannya yg seorang itu. Hantar aku ke tempat kerja pagi ni pun di bwk Batrisyia. Takleh berenggang eh?

Batrisyia sgt becok semalam. Penat melayan dia "uuu", "aaaa", "oooo". Sampai ke tgh malam okay!

Diorg tgh buat ape la kat rumah agaknye skrg nie..

Hujan lebat kat luar.. so diorg tidur barangkali.. yep, anak dan bapak sgt suka tidur berdua. Si anak akan tidur di lengan bapaknya. (Tapi bila si emak bwk si anak tidur di lengannya, si anak tak nyenyak tidur. Lengan si emak takde daging empuk kot! Tak rasa mcm tilam Dreamland eh?)

Sgt jealous!

Friday, December 05, 2008

Special wishes for all special couples

Hujan sedang turun mencurah-curah kat luar tu. Mata dah mula pedih mengadap monitor nie. Waaa.. sejuknya air-cond. Tido sedap nie!

Okay, this special entry is for the couples yg akan bertunang/bernikah bulan nie. Congrats to all of you!!

Kak Ecca and Danny
Esok my adik ipar akan bertunang dgn jejaka idamannya. She’s a single mother. Dah elok sgt la mulakan hubungan yg baru. Plus, dah lama dia kwn dgn boyfriend dia tu. Akhirnya terbuka hati dia nak jadikan lelaki tu bakal suaminya. Yer la, sekali terkena.. mesti la serik. Bertuah badan dpt anak teruna. Danny, welcome to the family.

Abang Rais and bakal tunang
Masih belum berkesempatan jumpa bakal tunang dia lagi. Diorg akan betunang pd minggu hadapan. Abang Rais is a single father with 3 sons. Bakal bertunang dgn anak dara yg menyewa rumah dia. Hehe, hubby sempat mengusik, “Sambil kutip duit sewa, sambil mengurat”. Hehe.. bertuah bakal tunang dia sbb dpt abang Rais yg pandai memasak, membasuh baju, menggosok baju etc..opps, takleh puji lebih-lebih. Hehehe.

Ezura and Rafiq
Lama bercinta eh? Seb baik sampai ke jinjang pelamin. Alhamdulillah. Mereka akan berkahwin pd minggu hadapan. Insya Allah aku akan ke sana memeriahkan majlis.

Zidni and Intan
Cinta monyet yg berakhir di jinjang pelamin. Ekekek.. tak sia-sia Zid anta surat masa zaman sekolah dulu eh? Congrats!!

Ma-g and Izudin
Ni kes mcm aku kot. Kenal dan bercinta sekejap. Then, terus decide nak bertunang. Jgn tunggu lama-lama. Cepat-cepat la kahwin. (Bila la lagi 2 org budak Seremban nak kahwin eh?)

Sekejap je dah hujung tahun. Tahun depan dah 27 tahun. Uishh, muda lagi tu. Ahaks!

Thursday, December 04, 2008

No excuse, please

Mungkin kita boleh meragui cerita nie. Tak kesah la kan.
If they can do it, why can't you?

http://www.breastfeeding.com/celebrities/celeb_main.html

Forum di Susu Ibu mmg byk memotivasikan diri setakat nie. Kat sana, kita boleh dptkan pengalaman org lain jugak. So for all mothers yg bf anak tu, rajin-rajin la jenguk Susu Ibu. Kalau blog org lain kita boleh jenguk tiap-tiap hari, kenapa takleh nak jenguk website nie jugak. Sgt membantu.

Wednesday, December 03, 2008

HypnoBirthing

Pernah dengar ttg HypnoBirthing? Pertama kali aku baca ttg teknik nie dlm majalah Baiboo. Teknik ni dikatakan boleh membantu ibu-ibu bertenang dan memudahkan proses bersalin. Tak tau la sejauh mana betulnya teknik ni dpt membantu ibu-ibu di luar sana tapi rasanya teknik nie merupakan salah satu sebab yg memudahkan aku bersalin.

Teknik ni simple aje. Apa yg korang perlu buat ialah membayangkan proses bersalin tu. Seeloknya buat tiap-tiap hari selama 10 minit. Paling bagus buat sebelum tidur, dlm keadaan tenang. Hanya perlu bayangkan betapa mudahnya proses bersalin tu.. bayangkan apa yg berlaku masa contraction, mcm mana perjalanan ke hospital, mcm mana serviks tu dilate dgn perlahan-lahan tanpa sakit (walau pun ia sakit sebenarnya). Teknik ni seolah-olah ‘menanamkan’ kejadian yg bakal berlaku tu kat dlm otak kita nie supaya kita bersedia bila kelahiran yg sebenar berlaku.

Kesakitan yg dirasai tu berbeza bagi setiap ibu. Tapi tahu tak sebenarnya, kdg2 sakit tu dtg dr sikap takut kita terhadap proses bersalin tu. Cuba bawa bertenang. Insya Allah proses akan menjadi mudah. Aku buat Hypnobirthing nie 4 bulan sebelum bersalin. Sbb tu aku agak tenang dan tak risau sgt (please refer entry pengalaman bersalin).
Korang boleh cuba teknik ni. Mungkin berkesan.

A new camera, please

Perasan tak gambar yg ditepek di blog nie agak kurang cantik dan sharp? Hehe.. gambar diambil guna camera phone sbb my baby Sony dah rosak. Sudah dihantar ke sebuah kedai kamera di Plaza Imbi utk di repair. Tapi semalam, technician called and beritahu yg kamera itu sudah tidak boleh di repair sbb spare part tak dpt cari. (Yg rosak tu mmg sukar dicari). Malas nak hantar ke kilang. Tu lagi la beruban nak tunggu siap. Jadi, nampaknya kena beli kamera baru la. Wajib beli sbb nak ambil gambar Batrisyia byk2 kan.

Bos ku memberi cheque bernilai RM+++. Haruskah guna utk beli kamera? Heheh.. mane boleh! Tu tak patut sungguh. Cheque belum ditunaikan sbb malas nak pegi bank. Ptg nie la kot. Masih terfikir nak buat apa dgn duit tu. Nak simpan, takleh sbb amanat bos aku sgt jelas, “Cash it and BUY something for your baby”. Lain la kalau dia kata, “Suka hati la nak buat ape”.

Therefore, kami membuat keputusan utk gunakan duit tu beli baby car seat. Mmg nak beli car seat tu. Leh tangguh-tangguh sbb nak tunggu Mega Sales. Hehe.. skali dpt rezeki lebih. Alhamdulillah. Tapi sebagai pertukaran, duit yg sepatutnya digunakan utk beli car seat akan disimpan dlm tabung Batrisyia.

Selamat Hari Raya Aidiladha

Tak sabar nak balik beraya ke Seremban minggu nie. Aritu tak sempat nak beraya kat sana. Awal-awal lagi dah bgtau yang aku nak rendang daging, masak lodeh mama, masak lodeh nenek, ketupat, kuah kacang, lemang, pulut kuning nenek (kalau ada la), kari ayam nenek.. adoiii, terliur!!

Selamat Hari Raya Aidiladha!

A boy or a girl?

Bila bwk Batrisyia jalan-jalan, mesti ada org tanya, “Lelaki ke perempuan?”. Saya sudah malas nak menjwb. Tak boleh nak salahkan mereka sbb rambut Batrisyia pendek setelah abinya mencukur licin rambut anak perempuannya ini pada hari ketujuh. Lagipun, tak mcm baby girl yg lain, Batrisyia takde baju warna pink. Tp tu dulu la. Semenjak aku dah risau bila org ckp yg muka Batrisyia mcm lelaki, aku dah mula belikan baju pink utk Batrisyia. Kalau dulu, aku byk belikan seluar, skrg dah mula intai-intai dress utk dia. Kalau la masih ada yg bertanya soalan yg sama walaupun aku dah pakaikan pink dress bercorak bunga, mmg ada something wrong la dgn org tu.

Batrisyia ada byk rompers, hadiah dr pasangan Mr. and Mrs. Andre. Tapi hanya satu yg boleh dipakai. Yg lain, kena tunggu dia besar sikit. Ada juga satu white dress berbunga kecil. Cantik. Tu dah boleh pakai tp tak tau bila harus dipakai.

Kalau pegi shopping, aku dah tak jenguk kat baju-baju wanita lagi. Tempat wajib yg mesti pegi ialah baby’s department. Ada je baju baby yg nak dibeli. Tahukah anda bahawa baju baby boleh dikatakan mahal tak padan dgn besarnya? Hehe.. jadi kalau nak beli, sila bwk calculator atau congak saja di dalam otak. Mana la tau tak perasan yg korang perlu bayar beratus ringgit hanya utk baju baby. Pernah sekali tu, aku syok pilih baju utk si kecil tanpa kira harganya. Skali bila cashier scan harga, makcik terkejut. Seb baik bwk byk cash money time tu. Heheh…

Monday, December 01, 2008

Outing as a family

Dulu, Batrisyia selalu terjaga di malam hari utk minum susu, tukar pampers atau saja-saja bgn sbb nak abi dan umi nye bgn temankan dia. Semenjak dah pergi nursery, dia tidur nyenyak di malam hari. Jadi kami decided utk assemble balik playpen dia agar dia boleh belajar tidur di tempat sendiri. No more co-sleeping.

Playpen tu diletak di bilik kami agar senang utk aku tgk dia. Ye la, kalau letak kat bilik lain, leceh je nak bgn and jalan jauh-jauh (jauhnye..hehe) semata-mata nak tgk dia. So Sabtu lepas, kitorang menukar susun atur di bilik supaya playpen dia dpt diletak dia tempat yg sesuai. Waa.. penat. Tapi tu la, penat-penat pun sempat keluar berjalan ptg tu.


Pergi rumah kak Yusni (kwn hubby masa sek men) kat Setiawangsa. Dia ada 5 anak lelaki dan sekarang cuma nak mengambil anak angkat perempuan. So bila kami bwk Batrisyia, dia ambil kesempatan utk pegang, dukung dan peluk cium Batrisyia. Habis digomol. Kebetulan, Batrisyia pun tak buat ragam. Lagi la dia suka.

Lepas jumpa kak Yusni, kami ke Jusco Maluri. Ni kali ketiga Batrisyia ke sana. Boleh la ganti Dato Siti jadi ambassador Jusco. Hehehe.. Tak berani lagi nak bwk Batrisyia pergi Mid Valley ke, Suria KLCC ke.. tu lagi sesak. Akhirnya baru la nak beli baby car seat (Hint: Abi dan umi nye tunggu Mega Sale sbb nak dpt diskaun.. kena bijak berbelanja). Saya juga dpt membeli play gym utk Batrisyia. Dia sgt suka.

One thing about Batrisyia yg aku perasan la kan.. kalau nak letak dia dlm pink stroller dia tu, sila jgn berhenti berjalan. Mesti sentiasa bergerak. Kalau tak bergerak, dia akan ‘ckp’ “Jgn la berhenti.. gerak la.. gerak la”. It happened to me kat MPH Bookstore. Sudahnya bila nak browse buku, aku terpaksa gerakkan stroller tu ke depan ke belakang. Kononnya stroller tu tgh bergerak la. Tapi sape la aku nak tipu baby bernama Batrisyia (yg bermaksud bijak pandai). Makin dia ‘menjerit’ ada la. Hehe.. pengalaman.

I still remember our first outing with Batrisyia. Pegi dekat-dekat je (Jusco Maluri) sbb taktau her reaction camne. Okay la sbb dia tak buat ragam. Bila nak bf dia, boleh pegi kat Baby Room. Sana siap ada bilik khas utk ibu-ibu yg bf baby. Dlm tu ada baby coat dan kerusi. Selesa la kalau nak tukakran pampers ke. Kat bilik tu ada disediakan air panas kalau org lain nak buat susu utk anak sekali. My hubby quite impressed bila tau ttg Baby Room. Dia as lelaki tak pernah tau lak wujud bilik mcm tu kat shopping complex.

Dgr cerita, baby room kat Suria KLCC pun quite okay. Betul ke?

Getting slimmer my way

Bila kak Mek menegur aku slimmer than before pregnant, hati berbunga-bunga. Selama nie, perasan sendiri je.. hehehe. Kak Mek tanya samada aku penat jaga baby ke tak.

For me, penat tu mmg penat tapi sgt berbaloi. Ada kalanya, mmg rasa nak tidur je bila dah penat tu. Mcm takleh nak pk benda lain kecuali tidur. Sometimes, mcm byk tenaga pulak nak buat mcm-mcm kerja.

Aku dikurniakan hubby yg rajin menolong (walaupun kdg2 rasa geram sbb dia suka meluangkan masa main Hitman 2 sebelum tidur.. sudahnya aku tidur peluk bantal aje.. auwww). Alhamdulillah sgt-sgt la. Bila dah kerja semula nie, rutin harian aku simple aje. Dah jd mcm robot lak.

Balik dr kerja, bf Batrisyia dulu. Then,sementara hubby sendawakan dia, aku pergi mandi. Kalau lepas tu Batrisyia terus tidur, mmg alhamdulillah sgt aa sbb aku boleh buat kerja. Kalau tak, hubby akan main-main dgn dia sementara aku 1) basuh baju 2) basuh dan steril botol susu dan perkakas pam 3) buat baby massage 4) gosok tudung (baju,seluar etc dah digosok sekaligus di hujung minggu) 5) prepare brg2 utk dihantar ke nursery keesokan hari 6) dinner 7) prepare Spectra 3 bag.

Selalunya, kerja-kerja nie siap dlm pkul 10pm gitu. Kalau tak penat sgt, tgk la tv sekejap. Tapi selalunya, aku terus lepak dlm bilik. Kdg2, terus masuk tidur. Penat la.

Pagi-pagi, aku bgn awal. Tgk la, kalau tak ngantuk, 5.30am dah bgn. Kalau ngantuk, 6.00am la jawabnya. Dah mandi, kena terus siap-siap bertudung bagai sbb nnt Batrisyia nak claim susu lepas aku tukarkan pampers. Sementara hubby sendawakan dia, aku siapkan susu dia and bwk bags. Sila lihat perkataan ‘bags’ tu.. Handbag, nursery bag, Spectra bag and EBM container.

Nampak mcm rileks je life tp penat la gak sekali sekala. Takpe la, dpt kuruskan badan. Ada gak yg hairan camne aku leh kembali ke berat badan asal sebelum habis berpantang. Senang je. Masa pregnant, you don’t have to eat for two. Baby dlm perut tu, bknnye kuat nafsu mkn nye. Yg kuat nafsu makan tu si mak. So takyah la nak bg alasan, “Baby nak makan”. Dia tu kecik je dlm tu. Logik ke kalau ko mkn berpinggan-pinggan nasi dgn alasan baby nak mkn? Hehe.. pk la sendiri. Tu petua masa pregnant. Dlm pantang lak, sila jgn tinggal makan nasi, mkn makanan berkhasiat (takyah la nak skip mkn tu, mkn nie sgt tp berpantang la manna yg patut), pakai bengkung selagi larat, minum byk air dan sila breastfeed baby anda. Ni paling penting sbb breastfeeding mmg sgt membantu anda menurunkan berat badan.

Friday, November 28, 2008

Slimmer than before

Kak Mek : Uihh, lagi slim dr sebelum mengandung dulu! Penat ke layan baby?

Oh Kak Mek, you make my day! =)

I will answer her question later. Now, back to work.

Wednesday, November 26, 2008

My first breastpumping in the office

Wah, excited nak bercerita nie. Ahaks.. biasa la kan. Actually, excited sbb kat office nie mmg susah nak cari tempat utk mengepam. Ni sama excited mcm “My first flying from the hostel” la konon.. hehe. So kalau dpt mengepam tu, mmg bersyukur sgt la.

Setakat nie, pukul 8 pagi merupakan time yg paling bagus utk mengepam sbb takde org kat office. Aku dah observed sebelum bersalin lagi. Confirm boleh mengepam! Time lain agak sukar sbb kerja aku ni melibatkan campur tangan org atasan. Jadi, org atasan nie selalu la dtg ke meja aku. Kdg2, aku kena selalu pegi jumpa dia. Nak mengepam secara senyap di meja sendiri tu mmg mustahil. MELAINKAN bila dia takde. Hehe.. nampaknya, everytime dia keluar utk jangka masa yg lama, aku akan mengepam la. Camne nak tau dia akan keluar lama? Senang je. Dia akan padamkan lampu and air-cond bilik dia. Dia tu mmg jimat orgnya walaupun bkn dia yg byr bil.

Alhamdulillah, ada rezeki Batrisyia hari nie. Semalam, dpt la 2 kali mengepam kat office. Hari nie, dpt mengepam pagi td dan pukul 4 ptg. Hari nie je dah dpt hampir 16oz. Jumlah rezeki yg Allah bagi dah makin bertambah setiap kali mengepam. Yang penting, kena tetapkan matlamat. Matlamat tu apa? Matlamat tu sama la mcm keinginan. Apa beza antara keinginan dan matlamat? Cuba baca ayat di bawah.

Keinginan : Saya hendak memberi anak saya hanya susu ibu.
Matlamat : Saya hendak memberi anak saya hanya susu ibu sehingga dia berumur 2 TAHUN.

Yes, matlamat tu mesti ada masa.. sampai bila.. bila nak achieve. Gitu la. Bila dah tetapkan matlamat, kena ada usaha yg berterusan. Ceh, ckp berapi-api! Takpe la. Nak motivate diri sendiri sebenarnya. Kurang motivasi dari org sekeliling menyebabkan aku terpaksa memotivasikan diri sendiri. Ahaks, takpe la.. janji berjaya.

Natural bonding

Isnin lepas merupakan hari pertama kembali bekerja selepas maternity leave selama 2 bulan tolak 7 hari. Hehehe. Batrisyia dihantar ke taska seawal jam 7 pagi. Mmg sengaja aku anta awal sbb aku nak bajet masa. Nak tgk berapa minit perlu diperuntukkan utk anta dia, drive to work, breakfast. Cuba nak cari masa sesuai utk mengepam.

Semangat nak mengepam tu ada tp tak dpt cari tempat nak mengepam. By tgh hari, dah mula rasa tak best. Nak mengepam kat office, line tak clear. Kalau pagi-pagi tu, takpe la. So tak dpt nak mengepam. Menjelang time aku taip entry nie, breasts dah membengkak. Sakit woo tapi takleh lawan rasa sakit time pantang dulu la. Kepala dah takleh nak fikir apa. Fikir nak balik je. (And fikir nak beli adapter dr Sue. At least, kalau takde tempat sgt, aku leh masuk dlm keta and buat apa yg patut).

Bila tak jumpa Batrisyia, pun rasa lain. Risau.. apa khabar la anak aku kat nursery tu? Kak Reena tak tepon, ok la kot. Tak sabar nak bf dia bila dah sampai rumah. Excited nak tgk reaksi dia bila jumpa umi dgn abi dia semula eventhough dia takleh nak bg reaksi sgt pun.. hehe. Cuma kdg2, bila kita asyik berborak dgn dia, dia pun beriye-iye nak menyahut “uuuuu”… “aaaa”…

Masa ambil Batrisyia dr taska masa hari pertama, dia senyap je. Muka dia takde respon bila kitorang panggil nama dia. Maybe dia terkejut sbb ditinggalkan dgn org lain. Yer la, selama nie dgr suara abi dgn umi tiap-tiap pagi. Ni bila celik mata, dah dgr suara org yg tak dikenali. Mesti la dia rasa semacam kot. On the way ke rumah, dia asyik pandang ke kiri dan ke kanan. Sesekali, pandang kitorang. Muka sedih je. Huhu, rasa bersalah lak.

Sampai je rumah, aku terus bwk masuk bilik and bf Batrisyia. Nak re-connect balik dgn dia. Sambil tu mengepam susu utk stok hantar ke taska hari nie. Lps bf, baru la nampak dia ceria sikit. So aku ambil kesempatan urut dia. Dah belajar teknik baby massage masa kat antenatal class. Boleh nampak la Batrisyia suka kena urut. Dia senyum-senyum je. Muka pun riang. Actually, baby massage boleh dilakukan pada bayi berumur 2 bulan ke atas. Batrisyia nie kira baru nak masuk 2 bulan. Hehe.. kira ok la kot. Cuma aku kurangkan dr 3 kali setiap urutan kepada satu kali sahaja. Harap-harap dgn amalkan baby massage nie, cepat la dia membesar.

Tentang nursery, nampak nursery tu ok. Semalam, kak Dilla (yg ditugaskan jaga Batrisyia) beritahu 2 daripada 6 botol susu yg aku bekalkan basi. Salah satunya ialah susu yg aku bekukan. Eventhough aku pelik sbb susu tu basi, bersyukur jugak la sbb sekurang-kurangnya kak Dilla tau nak pastikan susu tu basi atau tak. Jadi, hari nie aku bekalkan 5 botol susu segar dan satu botol susu beku yg aku turunkan dr tempat beku betul-betul sebelum ke taska dgn harapan susu tu tak basi lagi. Batrisyia mmg kuat menyusu. And kalau dia nangis, jgn terperanjat dgr suara dia. Tak padan dgn badan dia yg kecil. Aku terlupa nak bgtau fakta nie kat taska. So bila Batrisyia menangis semalam, diorg terperanjat giler (tu ayat kak Reena, bukan ayat aku.. hehe).

Ramai org takut-takutkan aku bila aku ckp yg Batrisyia dihantar ke nursery. Bagi diorg, hantar ke pengasuh lebih bagus dan selamat. Entah la, ada pro dan kontra. Aku dulu dihantar ke nursery. Selamat je. Adik bongsu aku dihantar ke nursery. Ditakdirkan, dia terkena renjatan elektrik hingga menyebabkan satu jarinya terpaksa dipotong separuh. Hmm, tu la susah nak cakap. Kita boleh berserah je. Kdg2 nursery buat hal, kdg pengasuh buat hal. Tawakkal je la. Kalau risau sgt, jaga anak tu sendiri.

Memandangkan dia dihantar ke nursery, tak dpt la abi dan umi mandikan dia. Yes, my hubby sgt rajin mandikan dia. Kdg2 berebut dgn aku. Lepas nie, dpt mandikan dia di hujung minggu je la.

Monday, November 24, 2008

Cik adik manis

















Jaundice part 5

as at 15 November 2008

Aku tak punya cukup masa sejak kebelakangan nie. Keadaan berubah sejak aku kembali ke Cheras. Muka Batrisyia nampak mcm ada kuning lagi masa tu. Kebetulan, Batrisyia ada first appointment dia dgn doctor pada Nov 2. Aku tunggu je pendapat doctor time tu. Tapi doctor tak suruh buat apa-apa sbb Batrisyia membesar dgn sihat. Masa tu, berat dia dah mencecah 3.5kg. Tapi aku tetap risau.

4 hari kemudian, aku dgn hubby bawa Batrisyia ke Emergency Room Hospital Ampang. Doktor jalankan ujian darah. Didapati tahap bilirubin dlm badan Batrisyia meningkat ke 267. Setelah menjalani sesi soal selidik, doctor buatkan satu appointment lain dgn paed. Menurut doctor, aku tak perlu risau apa-apa sbb Batrisyia tak menunjukkan apa-apa gejala negative. Urine and stool color dia bagus. Berat pun naik ok. Hingga ke hari nie, berat Batrisyia dah mencecah 3.7g.

Hmm, aku dgn hubby agak risaukan ttg hal nie. Mmg la doctor kata takyah risau sbb ada gak budak yg menyusu badan kena jaundice sampai 3-4 bulan. Aku taknak tunggu 3-4 bulan. Aku nak Batrisyia sihat secepat mungkin!

Still a long way to go

as at 15 October 2008

Batrisyia sudah berumur 2 minggu. 2 hari lepas, nurses dtg check Batrisyia. Alhamdulillah, jaundice dah takde.. I mean, badannya tak nampak kuning lagi. Nurse timbang berat dia. Dah 3kg. Batrisyia masih belum tembam. Bila la dia nak tembam eh? Tak sabar nak tgk dia tembam.

A little update about bf (breastfeeding). Now, Batrisyia sudah berjaya bf thru both breasts. Yippie!! Sgt happy. No more bottle.. no more ebm.. no more hot water.. no more cuci and steril segala perkakas. Alhamdulillah.

But ada ‘masalah’ baru pulak. Batrisyia susah sgt nak dibangunkan masa siang. Yer la. Kalau dah lama tidur, kan kena kejutkan utk diberi susu. Ya Allah, susah sgt nak kejutkan dia. Nek wan dia pun sgt ‘impressed’ dgn sikap ‘dono’ dia tu. Boleh dikatakan semua cara dah kami gunakan tp gagal. Kalau dia terbangun pun, dia boleh tidur balik lepas bf selama 2-3 minit. Sabar je la budak nie. Itu yg merunsingkan aku sgt. Tak elok kalau dia tak minum dgn secukupnya. Nanti dtg balik pulak jaundice nye.

Tu waktu siang. Terbalik pulak bila sampai waktu malam. Lebih kurang pkul 2 pagi gitu, dia akan bgn nak claim susu dia. So lepas bf dia, dia akan berjaga hingga ke pagi! I’m not kidding you, babe! Mata dia akan terbuka dan dia akan pandang kiri kanan. Tak berbunyi. Dia hanya akan merengek kalau aku letak dia kat atas tilam. Bila aku angkat and dukung dia, baru la dia senyap. Senyap tp tak tidur. And yes, dia akan claim susu lagi. Everytime merengek, dia akan claim susu. Aku hanya dpt tidur-tidur ayam je.

Aku pk camni je. Takpe la kalau dia nak berjaga ke.. nak minum susu byk-byk ke. Janji dia membesar dgn sihat.

Perihal breastfeeding

as at 13 October 2008

It’s a natural thing but it needs practice!”

Itu sms yg Sue hantar pada aku bile aku meluahkan rasa sedih ttg kesukaran aku utk breastfeed Batrisyia. Aku tak pernah terfikir yg aku akan menghadapi masalah dlm hal nie. Yer la. Nampak mcm senang. Tapi hakikatnya jauh beza dgn apa yg aku fikirkan selama nie.

Kesukaran aku bermula bila dpt breast engorgement. Aku pernah diingatkan oleh Dr. Hoo yg aku akan rasa sakit sgt bila breasts membengkak. Masa tu aku rasa mcm sakit tu takkan la sakit sgt kot. I was so wrong. Sakitnya Tuhan saja yg tahu. Aku rasa bengkak tu dah sampai ke tahap maksima. My breasts was so big, hot, bengkak yg amat! Tak boleh nak pakai bra langsung.

Bila sampai masa berurut, makcik tu akan urut utk melancarkan aliran susu. Dlm masa yg sama, dia ingatkan aku agar cuba perah susu. Kalau tak, takut tersumbat. Aku cuba perah tapi hanya sedikit yg keluar. Aku cuba bagi Batrisyia, dia taknak sbb susah nak suck nipple yg tgh membengkak. Bayangkan la, masa tu baru hari ke berapa.. dgn masih dlm pantang, masih cuba nak sesuaikan diri dgn dunia baru, dah timbul masalah camni.

Keinginan aku utk breastfeed Batrisyia mengatasi segala-galanya. Tu mungkin sbb utama aku tension. Aku tak dpt apa yg aku inginkan. Lebih-lebih lagi bila Batrisyia ada jaundice. Susu ibu sgt penting bagi dirinya. Aku rasa mcm dah gagal bila terpaksa bagi ebm kat dia.

Bila dah beli Spectra 3, aku mula memerah susu. Hari pertama, susu yg keluar tak byk. Aku tak putus asa, sebaliknya teruskan memerah. Sue dah ckp yg susu akan mula byk selepas 2-3 hari kita express milk. Alhamdulillah, masuk hari kedua, susu (or should I say colostrums?) dah mula keluar dgn byknya. Hari demi hari, bengkak mula surut.

Bila Batrisyia nak minum susu, aku cuba breastfeed dia. She refused. Dia hanya akan suck sekejap-sekejap. Pastu dia tidur. Susah nak kejutkan dia. Bila dia dah melalak sgt, aku bg dia ebm. Hmm, aku kalah lagi.

Setelah beberapa hari.. setelah aliran susu benar-benar lancar di left breast (right breast keluar byk susu tp tak byk liang yg terbuka lagi), aku cuba breastfeed Batrisyia thru left breast. Alhamdulillah, dia tak reject. Maybe sbb dia dah mula rasa ada susu yg keluar everytime dia sucks. Masa nie mmg happy sgt. Even hubby pun senyum bila tgk anak dia menyusu.

Bila dah berjaya menyusukan dia walaupun hanya melalui left breast, aku mula kuatkan semangat utk ajar dia minum thru right breast pulak. Aku tau yg ianya takkan senang tapi aku bertekad nak pastikan dia dpt breastfeed sepenuhnya. Biarlah dia menangis. Biarlah apa org lain nak kata. So far, my family mmg menyokong aku utk breastfeed Batrisyia.

Breastfeeding mmg natural thing tp kita perlu ingat yg baby takkan terus pandai nak breastfeed lepas dia lahir. Baby hanya tau ngangakan mulut and hisap. Jadi jangan tension bila kita menghadapi kesukaran utk breastfeed. Kita kena ingat. Kita sendiri tak pandai nak breastfeed baby, apatah lagi baby tu.. mesti la dia tak pandai nak breastfeed jugak. Jadi kena byk-byk sabar. Kena betul-betul determine. Hmm, harap-harap aku berjaya ajar Batrisyia utk breasfeed sepenuhnya. Amin..

Jaundice part 4

12 Oktober 2008.

Aku dgn hubby bawa Batrisyia ke Chinese Maternity Hospital. Jaundice nye naik ke tahap 272. Terpaksa la admit dia ke hospital besar. Kali nie, aku berjaya kawal perasaan sbb hubby ada dgn aku.

Kebetulan, masa admit tu, dah sampai masa Batrisyia utk minum susu. Nurse minta aku breastfeed Batrisyia dulu. Alhamdulillah, Batrisyia tak reject utk di breastfeed. Sukar nak gambarkan perasaan bila tgk dia berjaya minum susu ibu straight dr badan sendiri sampai kenyang. Mmg kalau boleh, taknak dia berenti minum. Dlm hati, mmg bersyukur sgt-sgt.

Aku tak lama kat ward sbb hubby tak tahan nak berada lama kat sana. Dia tak boleh tgk anak dia kat sana. Dia rasa nak menangis.

Jaundice part 3

11 Oktober 2008

Nurse dtg lagi. Nurse suruh aku buat test lagi. Selagi tak bwh 200, diorg tak puas hati. Nurse siap bercerita ttg anak buah dia yang kena jaundice sampai terpaksa pegi ke hospital tiap-tiap bulan sbb doctor nak check tumbesarannya (katanya budak yg ada jaundice nie boleh terbantut tumbesaran telinga, mata, dsb).

Breasts dah tak bengkak tp Batrisyia masih menghadapi kesukaran utk breastfeed. Masa nie, aku selalu sms Sue utk dptkan kata-kata semangat dr dia. Aku cuba paksa Batrisyia tp selalunya aku ‘kalah’ bila dgr dia menangis. Sedih tgk dia menangis.

Pkul 3 pagi, aku cuba lagi. Kali nie, Batrisyia mula menerima utk di breastfeed.

Jaundice part 2

7 Oktober 2008

Aku mendapat panggilan telefon dr hospital. Batrisyia dibenarkan keluar dr wad setelah bacaan test nya menunjukkan jaundice nye berkurangan ke bacaan 232. Kebetulan, hubby balik ke Seremban ptg tu. Dia yang paling tak sabar nak jumpa Batrisyia. Sampai kat wad, terus dipeluk cium Batrisyia.

My breasts masih bengkak. Batrisyia pulak masih ada jaundice. Jadi dia sgt sgt memerlukan susu ibunya. Aku cuba breastfeed dia tapi dia menghadapi kesukaran utk suck sbb bengkak sgt. Nak taknak, aku express milk. Aku cuba bagi guna cawan tp byk yg tumpah. Setelah beberapa kali mencuba, aku mula risau. Risau kalau dia tak dpt minum susu dgn cukup. Risau jaundice nye naik semula. Dlm pada risau, aku terpaksa bagi dia minum susu ibu thru bottle. Everytime aku bagi botol, aku minta maaf kat dia. Everytime dia minum ikut botol, aku menangis. Aku dah mula tension! Hubby terpaksa pujuk aku setiap kali aku menangis. Dia suruh aku kuatkan semangat. Hubby la yg byk menolong. Kalau baby menangis, dia yg dodoikan. Kalau nak bagi susu, dia yg tlg berikan. Kdg-kdg, kesian tgk dia. Dia akan mengantuk di siang hari. Masa tu, aku akan suruh dia tidur. Believe it or not, berat dia turun 4kg dlm masa seminggu.

Jaundice part 1

6 Oktober 2008

Dah 2 hari my breasts membengkak hingga menyebabkan kelenjar membengkak sama. Sakit! Disebabkan bengkak, sukar utk aku breastfeed Batrisyia. Dia sendiri susah nak suck. Mmg rasa sedih sgt time tu. Lemah hati nie bila dgr dia menangis. Masa mengurut, makcik tu cuba lancarkan aliran susu dan tarik bisa yg ada. Aku hanya mampu berharap agar bengkak tu surut. Kesukaran utk memerah susu menyebabkan aku contact Sue dan terus order Spectra 3 Xtravaganza. Sue pun sempat memberikan kata-kata semangat agar aku berjaya mengharungi kesukaran nie.

Pagi tu, nurse dtg ke rumah. Dia checked Batrisyia. Katanya, Batrisyia ada jaundice. Dia suruh aku pegi buat test. Kalau result lebh 250, Batrisyia perlu dimasukkan ke hospital.

Ptg tu, aku bawa Batrisyia jumpa paed. Hasil test menunjukkan bacaan 296. Agak tinggi! Aku terus bawa Batrisyia ke hospital. Ptg tu juga dia dimasukkan ke hospital.

Aku hantar sms kat hubby utk beritahu ttg perkara nie. Masa tu, hubby kat KL sbb dia terpaksa pegi ke office utk apply cuti seminggu. Malam tu, dunia kami terasa ‘kosong’. Aku keseorangan tanpa hubby dan baby. Begitu juga hubby. Malam tu, hubby telefon aku sebelum tidur. Aku tau, dia pun risau. Dr suara dia, aku tau yg dia menahan air mata. Dia taknak aku tau yg dia menangis bila tgk gambar Batrisyia kat laptop dia. (Hari esoknya tu baru la dia ngaku yg dia menangis).

Bila dah ada anak, baru kita tahu betapa bernilainya anak tu dalam hidup kita. Tuhan baru turunkan dugaan kecil mcm nie tapi kita dah risau yang teramat sgt. Hmm tu la. Aku takde masalah masa pregnant, tak menghadapi sebarang kesukaran ketika bersalin. Agaknya ujian utk aku mmg telah ditetapkan selepas Batrisyia dilahirkan.

Pengalaman bersalin


2 Oktober 2008

Bangun untuk sembahyang subuh. Masa nie, dah mula terasa sengal kat bahagian ari-ari. Hati kecil mengatakan yg masanya hampir tiba. Tapi aku masih menunggu kehadiran tanda-tanda awal untuk bersalin.
Pagi tu, semua orang sibuk bersiap utk ke Perak. Kak Ama dan Abg Irma sempat mengajak aku agar turut serta ke Perak. Siap bagi teori kenapa aku takkan bersalin dlm masa terdekat. Tapi hati aku berat.

Masa kat tandas, aku perasan mcm ada darah yg keluar. Dek kerana terlalu sedikit, aku menunggu agar tanda yg lebih jelas muncul.

Lepas semua orang berangkat ke Perak, aku mengemas dapur. Pinggan yg penuh satu sinki, aku cuci. Kain kotor sempat aku basuh. Masa ni, aku checked sekali lagi. Ada darah lagi. Sah, aku akan bersalin. Tapi aku rileks je. Bloody show boleh berlaku seawal 72 jam sebelum bersalin. Sempat lagi membereskan semua kerja rumah yg tak selesai. Kiranya bersiap sedia la kalau betul-betul aku bersalin. Sempat lagi menukar cadar katil. Sempat kemas ruang tamu. Sempat itu.. sempat ini. Sempat pergi beraya ke rumah jiran. Sempat minta hubby potongkan kuku kaki. Hehehe. Malah sempat habiskan masa menonton tv dgn hubby sambil melantak kuih raya. Dlm masa yg sama, aku checked kontraksi yg dtg. Kontraksi hanya dtg secara regular menjelang pkul 5 ptg. Kontraksi selang 30 minit hinggalah ke saat air ketuban aku pecah.

Masa tu aku dgn hubby berehat kat dlm bilik sementara menunggu azan Isyak, kontraksi masih lagi selang 30 minit. Sakit pun sama mcm pagi tu. 7.30pm, kontraksi datang. Aku habiskan masa dgn memejam mata. Hubby melayan vcd kat sebelah aku. Kemudian, aku terasa sakit lagi. Belum sempat aku tgk jam utk mengetahui selang kontraksi, aku terasa mcm ada benda meletup dlm perut diikuti dgn rasa seperti ada ‘empangan pecah’. Yes, aku ketuban aku dah pecah pada pukul 8pm. Aku yg tgh baring masa tu terus bangun dan menjerit. Hubby terperanjat dan agak panic bila aku bgtau yg air ketuban dah pecah. Mujur semua barang telah aku sediakan.

Di luar, hujan turun dgn lebatnya. Sakit yg aku rasa masih di tahap yg sama. Cuma terasa air ketuban tu mengalir dgn laju. Tu yg buat aku agak panic. Takut air ketuban habis dan baby lemas. Perjalan ke hospital yg sepatutnya hanya mengambil masa 5 minit seakan lama. Hujan lebat, kenderaan semuanya bergerak dgn perlahan.

Setelah mendaftar di Emergency, aku dimasukkan ke Admission Room dlm pukul 8.20 malam. Hubby tak dibenarkan masuk ke Admission Room. Kat dlm tu, nurses memeriksa tahap kesihatan aku. Tak lama selepas tu, Doktor Rossa masuk utk memeriksa bukaan.

Dr: Confirm, 8cm!
Nurse: So, boleh pegi Labour Room terus la?
Dr: Boleh
Me: 8cm? (Dlm hati.. biar betul doctor nie. Takkan dah 8cm?)
Dr: Awak tak rasa sakit langsung ke? (Sambil muka dia mmg pandang ‘heran giler’ kat aku)
Me: Sakit biasa-biasa je. Baru selang 30 minit.
Dr: 30 minit? Awak ni betul ke? Mcm nie maknanya senang la awak nak beranak.

Then, dia minta aku tahan sakit sbb dia nak seluk lagi and besarkan sikit bukaan supaya aku tak perlu tunggu lama. Fuyoo, sakit woo masa dia nak besarkan tu. Selamba sungguh doctor nie.

Aku ditolak masuk ke Labour Room. Bila dah masuk Labour Room, hubby dibenarkan utk masuk. Masa nurses tinggalkan aku utk menunggu saat sakit bersalin, jam menunjukkan pukul 9 malam. Tak lama je lepas tu, aku dah mula rasa sakit yg amat kat bahagian ari-ari. Mula-mula aku tahan gak. Aku genggam kuat tgn hubby. Hubby keluarkan hankerchief utk lap peluh aku. Bilik sejuk tp aku berpeluh! Bila dah terasa mcm nak bersalin, hubby panggil nurses. Nurses checked and ckp yg aku dah nak bersalin. Head nurse siap suruh hubby tgk kepala baby yg dah mula nampak. Hubby tgk sekali imbas dan mula beristigfar. Dia terus pegang tgn aku and minta aku kuat semangat.

Sementara nak tunggu right timing utk meneran (make sure anda hanya meneran ketika kontraksi), nurse ajar aku utk push. Selepas 3 kali push, akhirnya our baby selamat dilahirkan ke dunia. Hubby terus terdiam tatkala melihat nurse menarik baby keluar. Aku hanya mampu menghela nafas lega.

Alhamdulillah, aku hanya terasa sakit ketika kontraksi selang 5 minit. Hanya sakit di bahagian ari-ari. Bila meneran tu, tak sakit. Cuma terasa la pergerakan baby tu. Terasa sedikit demi sedikit, bukaan tu terbuka.

Baby Humaira Batrisyia dilahirkan pada 2 Oktober 2008, pkul 2111.

Wednesday, September 24, 2008

20 days to go.. I can't wait!

Akhir-akhir nie, selera aku menjadi-jadi. Aku akan mkn byk masa berbuka. Tiap-tiap hari aku akan pesan hubby utk beli mihun goreng. Habis sebungkus. Then, aku akan mkn byk kuih. Minum byk air. Kalau lauk sedap, aku makan nasi. Bukanlah pelik bg org lain tp pelik bg aku sbb aku jarang mkn byk masa berbuka. Adik-adik ipar pun kata aku mkn byk tp diorg kata tu normal. Aku tak tau la ape yg normal. Maybe sbb dah nak bersalin so perut nie terasa nak mkn je sebelum mula berpantang.

Semalam buat kerja kat luar sekejap. Kena pegi bank. Ntah camne, masa aku melangkah ke arah divider, aku terjatuh. Tak tau la camne leh jatuh. Aku tak ingat langsung. Tapi nasib baik la aku sempat tahan badan nie dgn lutut and tangan. Payung yg aku pegang bengkok sikit. Seluar yg aku pakai berbekas. Tangan calar sikit. Lutut sakit. Kaki pun calar sikit. Tapi takpe la. Yang penting, perut aku tak kena divider. Cuak sekejap. Budak sekolah yg kebetulan ada berdekatan dgn aku menjerit! Budak nie buat aku terkejut je. Hehe. Sampai ke hari nie aku masih terfikir camne aku leh jatuh.

Masa balik tu mmg risau sgt la. Kuat jugak aku jatuh. Takut bergegar ke ape kan. Awal-awal tu, perut mcm lembut je. Baby pun tak gerak. Aku risau sgt la time tu. Tapi lama-lama, baru la terasa baby gerak kuat. Alhamdulillah.

Bila aku sampai rumah, hubby terus terpa. Tapi dia tak tanya keadaan aku. Sebaliknya, dia terus pegang perut and tanya, "Baby okay tak?". Ceh, sayang baby lebih dr aku nampak. Hehehe..

Thursday, September 18, 2008

Time is ticking

Timbang masa check up semalam, berat aku menurun ke 58.2kg.Turun 2kg. Ingatkan naik. Terbalik pulak.

Skrg dah masuk minggu ke-36. Lepas check up semalam, doctor cakap, "Ni bila-bila masa je awak akan bersalin sbb kepala baby dah kat bwh sgt. Saya dah tak dpt rasa kepala dia". Kalau dia ckp masa minggu ke-37, aku tak kesah sbb minggu ke-37 hingga minggu ke-40 tu, mmg org kata apa.. "tunggu masa je nak bersalin". Aku baru minggu ke-36. Hopefully, sempat la beraya.

Balik dr klinik, aku bgtau hubby ttg hal nie. Muka dia panik! Haha.. takde la panik tp dia dah mula risau sampai tak bg aku berjalan jauh. Sbb aku nak bersalin kat KL, dia sampai cadangkan agar aku tak balik Seremban. Hehehe.. Mane boleh tak balik. Lagipun, aku rasa, kalau aku bersalin awal pun.. awal 2 minggu je kot.

A calm before a storm

Aku dgn hubby masih rileks tapi org sekeliling dah mula susah hati tgk perangai kitorang yg rileks tu.

My mom: Dah kemas beg nak bwk pegi hospital? Cepat kemas tu. Letak dlm kereta. Jadi apa-apa, senang.
SIL: Tak kemas beg lagi? Pampers newborn dah beli?
Another SIL: Dah boyot-boyot camni pun nak berjalan.. nak berterawih? Duduk je la rumah. Isk, mana boleh jalan-jalan.
MIL: Haa, perut dah turun. Tak lama je lagi la nie.

Semalam, my mom siap sms list brg utk dibawa ke hospital. Malam tadi, dia tepon lagi utk pastikan aku kemas beg tu mlm tu jugak. Sebagai anak yg mendengar kata, aku kemas je beg malam tadi. Semuanya dah siap. Tinggal nak pergi hospital je =)

Bangun lepas berbaring merupakan satu perkara yg sgt susah dilakukan pada masa sekarang. Perut terasa sakit every time aku nak bgn. Kdg2 tu mcm kelakar sbb kena bergolek-golek kat katil sampai ke hujung. Then, baru boleh cecahkan kaki kat lantai.

Petang nie kena pegi check-up lagi. Apa khabar la anak aku kat dlm nie.

Tuesday, September 16, 2008

Andai ku pergi..

Entah kenapa, badan rasa lemah sgt sejak semalam. Selera makan pun kurang. Rasa nak masuk tidur awal je. Lenguh kaki tak payah nak cakap la. Semalam lama hubby urutkan kaki. Tahan je la sakit. Hubby ckp, byk angin kat kaki kanan. Mmg betul pun sbb semalam, kaki kanan terasa kebas je.

27 hari je la. Percaya atau tidak, kitorang tak habis buat preparation lagi. Selamba je. Mcm la 27 hari tu lama lagi kan? Kalau nak bersalin awal 2 minggu, camne? Masa tu baru nak kelam kabut. Beg and brg2 utk dibawa ke hospital pun tak dikemas lagi. Hehehe.. bile la nak kemas nie?!!

Perut sgt bulat tp tak besar! Ramai kata, maybe dpt anak perempuan sbb perut bulat. Boleh nampak kedudukan perut dah turun sikit. Erm, mcm tak lama lagi je nie. Harap-harap sempat la beraya.

Hubby nampak rileks je. Tapi bila aku mula jadi emosional (contohnya minta maaf kat dia sebelum tidur.. pesan kat dia suruh jaga baby baik-baik kalau apa-apa jadi kat aku.. etc), dia pun mula emosional. Ekekeke.. Berair mata la sekejap. Mmg dah jadi amalan minta maaf kat dia sebelum tidur tp bila aku mula selit ayat 'jaga baby bila aku takde', tu yg dia marah tu. Hmm, kita tak tau apa akan jadi. Apa salahnya beringat.

Harap-harap semuanya dipermudah Tuhan.

Thursday, September 11, 2008

Braxton-Hicks contraction

Braxton-Hicks contraction dah mula menjadi-jadi skrg nie. Sungguh tak selesa. Dah mula rasa this false contraction since a month ago tp akhir-akhir nie, ia jadi makin kuat. Kalau kuat sgt tu, terasa sakit. Kdg-kdg, takde mood nak buat housework. Kalau dulu boleh gosok baju utk dipakai seminggu, skrg nie bila nak pakai, baru aku gosok. Mcm dah tak larat!

Harapnya bersalin lepas raya la tp tgk mcm tak sempat je. Semua org dah mula takutkan aku (tapi aku cool je). Ada yg kata aku akan bersalin awal sbb berat aku dah mcm taknak naik. Last time, berat aku hanya naik 200g dlm masa 20 hari! Kata doctor, patutnya kena naik byk tp as long as baby membesar dgn baik, should be no problem. Ditambah pulak dgn sejarah adik aku yg lahirkan anak dia sebulan awal dan aku sendiri dilahirkan 2 minggu lebih awal dr due date. Jadi kemungkinan besar anak aku pun akan lahir awal. Erk, boleh pakai ke teori tu?

Alhamdulillah, kenaikan berat aku masih di paras minimum. So far, berat dah 60.2 kg. Dah naik 11.2kg sejak 8 bulan yg lalu. Masih ada sebulan lagi. Harapnya tak la lebih 61kg.

Tuesday, September 09, 2008

Spectra 3 Extravaganza

Setelah mencari pelbagai info tentang breastpump, akhirnya keputusan telah dibuat untuk membeli Spectra 3 Extravaganza Set.

Set ni didatangkan dgn Spectra 3 Breastpump, Mom Precious Smart pack, extra Spectra Breast shield set dan 4 Mom Precious Breastmilk Storage Bottles (total akan dpt 11 breastmilk storage bottles!). Tak perlu nak fikir beli cooler bag dan chiller sbb semuanya dah ada dlm nie. For more info, boleh pegi kat website Mom Little Ones. Aku ada letak link kat blog nie gak.

Ingat nak pergi tgk MLO centre kat Seri Kembangan dulu. Baru la nampak apa yg nak dibeli lagi. Now, masalah utama ialah nak simpan stok EBM. Freezer kat rumah tu agak penuh dgn brg-bg basah. Maklumla, bila duduk ramai-ramai, brg dlm peti ais pun byk. Stok ikan, ayam pun berlambak. Bila nak tumpang simpan EBM dlm freezer, mcm malu-malu kucing pulak. Kalau guna storage bottle, lagi la makan space. Tapi kalau guna storage plastic je, okay la kot. Rasa nak je beli freezer sendiri tapi ku tahan dulu kehendak hati nie.

Aku suka tgk storage bottles from MLO nie. Tak tau kenapa.


Monday, September 08, 2008

You look just like...

Hari nie pergi check up di Hospital Ampang. Akhirnya, aku dpt jumpa Dr Hoo Mei Lin! Tak pernah dpt doctor nie sebelum nie. Hanya dpt tgk dia dari jauh. Dr jauh, nampak mcm best. Hahah.. Mmg best buat check up dgn dia pun. Dia sgt peramah dan sgt membantu dlm memberikan info-info berguna utk bakal ibu.

As at today, berat baby dah 2.1kg. Tumbesaran dia sgt okay. Cute mcm umi dia. Tu kata doc la. Doc kata, mummy cute (maksudnya small size), tummy pun cute so anak mesti cute gak. Takkan tiba-tiba anak besar pulak. Hehe..

This time, doc tunjukkan mcm-mcm. Kepala, peha, jantung, kaki, bahu, tgn, jari and paling best.. MUKA! Hari nie, baby tanpa segan silu tunjukkan muka dia. Owh, camtu rupa dia. Sempat la tgk my baby senyum, jelir lidah, buka mulut, gosok mata. Bila doc cuba nak print gambar muka baby, baby mula malu-malu. Tak reti duduk diam dan suka tutup muka dia dgn tgn. Ahaks, dia taknak bg abi dia tgk rupa dia camne kot. Lama doc cuba dptkan gambar muka (ada la nak dekat 10 minit.. 'bersemangat' sungguh doc tu). Akhirnya, kitorang gave up. Doc hanya bg gambar hidung dan mulut saja.

"Your baby is very interactive". Tu komen doc. Tak reti duduk diam! Masa doc nak dgr heartbeat dia, baby boleh tendang-tendang benda tu.

Lepas nie tak perlu nak pegi check up di Hospital Ampang lagi. Insya Allah semuanya okay. So cuma perlu buat check up di klinik biasa je.

Satu masalah yg aku hadapi di akhir pregnancy nie ialah gusi mula membengkak. Maybe sbb kurang kalsium. Entah la. Tiba-tiba gusi jadi sgt sensitif. Arghh, tak suka!

To BF or not to BF?

Dari dulu aku dah bertekad utk breastfeed anak. Mmg sejak sebelum kahwin, aku dah cari byk info ttg motherhood and parenting. Aku suka tgk rancangan ttg ibu bapa. Ahaks, Dumex 123 merupakan salah satu rancangan kegemaran aku satu tika dulu.

Anyway, memandangkan tinggal lebih kurang 6 minggu lagi aku akan bersalin, aku dah mula terfikir ttg hal nie. Mmg aku bertekad nak BF my baby selama yg mungkin. Cuma aku tak terfikir utk membuat persiapan ke arah tu hinggalah sekarang. Terlupa sungguh!

Mula-mula, aku ingat nak mix je between breast milk and formula milk. Tapi lepas menghadiri antenatal class, aku terfikir utk fully BF. Kedengaran agak mustahil. SUSAH! Kemudian, aku mula membaca kisah ibu-ibu yg berjaya fully BF anak mereka. Di sebalik kepayahan tu, berjaya jugak hasrat murni mereka tu. Kalau diorg boleh buat, kenapa tak aku? Kalau diorg sanggup melalui susah payah tu, kenapa tak aku? Kalau anak diorg boleh minum hanya susu ibu selama 1-2 tahun, kenapa tak anak aku?

Yang membezakan kita hanyalah NIAT!

Bila baca kisah ibu bekerja yg masih susukan anak dia, aku cukup kagum. Kagum dgn kesabaran mereka. Sanggup berhabis duit utk beli breast pump, cooler bag dsb hanya utk pastikan dia dpt express milk kat tmpt kerja.

Masa ni la aku terfikir. Drpd aku mix kan susu badan dan susu formula utk anak aku, baik aku habiskan duit beli breast pump dan cooler bag. Tak payah beli susu formula langsung. Jimat pun jimat. Plus susu ibu jauh lebih baik utk baby. Byk kebaikannya.

Suddenly, aku panic. Panic sbb aku tak pernah terfikir nak beli breast pump. Takde dlm senarai langsung. Hanya tinggal sebulan utk aku survey breast pump yg paling sesuai. Damn, mana sempat. Dah ler terboyot-boyot nie. Masih nak jalan-jalan?

So aku decided utk survey thru net je la. Anyway, kalau korang ada pendapat atau cadangan ttg topic ni, boleh la share kat sini dlm masa terdekat. Senang aku nak buat keputusan.

Friday, September 05, 2008

6 weeks from now.. or earlier

as at 01/09/2008

I still have a long way to go

That was what I told myself 28 weeks ago. I was 6 weeks pregnant and I was afraid. Prayed continuously, hoping that my baby and I will survive through this journey. I’ve been extra careful, even until now. Anything can happen even though we are at the end of this wonderful experience.

But now, 6 weeks seem like a blink of eyes. After Ramadhan, my baby will be ready to face the world (But please wait until Umi eats ketupat, rendang, masak lodeh, lemang and all juadah raya, ok? If not, your Tok and Nek Wan have to ‘declare’ another Hari Raya for Umi after confinement period. Plus you still have another 2 weeks to live in the womb).

I feel like crying.

This is cute”, I said softly as I looked back at one of the clothes we bought for the baby. Yes, for the past 2 days, I checked the clothes every night! I tried to imagine how our baby will look like with all the clothes. I wish I can buy more. At least, I hope everybody will let me buy more clothes! Even hubby noticed my “must-check-out-baby-department” attitude every time we go to the shopping mall.

Now, I am a mother.

Let's play with the unborn baby

We have a new hobby. We love to play with the baby before going to sleep. Macam mana nak main dgn baby sedangkan dia belum lahir?

Memandangkan pergerakan baby dah mula terasa kuat, kami boleh nampak baby bergerak hanya dgn melihat pergerakan perut. Sekejap ‘tajam’ kat kiri, sekejap kat kanan. Sekejap nampak mcm ada bola bergerak kat dalam. Kalau dulu, pergerakan tu terasa di satu tempat sahaja, skrg dah boleh rasa kat 2 tempat serentak (kepala dan kaki). Bila dah rasa camtu, kitorang akan cuba agak, yg mana satu kepala, yg mana satu kaki. Obviously, yg bulat la kepala kan? (Sometimes, aku kata kat hubby yg tu bont*t baby.. hahaha). So apa yg kitorang buat ialah kitorang akan cuit kaki baby. Tak kuat, sekadar cukup utk bg baby rasa yg ada org cuit dia. Kesannya? Baby akan ‘melarikan diri’.. lebih kepada dia cuba mengelak drpd kena cuit so kepala dia akan lebih tertonjol kat perut aku. It was fun!

Aku berjaya dptkan video utk tu tapi tak boleh pulak nak tunjuk kat korang. Kalau aku dpt video camtu tapi perut org lain, nnt aku share eh.

Friday, August 22, 2008

He loves the baby...

as at 19/08/2008

Semenjak pergerakan baby makin terasa kuat nie, hubby pays more attention to my belly. Sambil tgk tv, nak pegang perut aku. Sambil memandu, nak pegang perut aku. Sambil baring-baring, nak pegang perut aku. Dah tido pun, nak jugak pegang perut aku.

I'm not jealous. Aku rasa benda tu sweet sebenarnya.

Pernah satu hari tu, kitorang mcm bermalas-malasan (bertangguh) utk bgn subuh. Ngantuk gile time tu. So mcm nak tido 5 minit lg. Sekali baby menendang dgn kuatnya. Terus aku dgn hubby terjaga. (Hubby dpt rasa tendangan tu sbb tgn dia kat perut aku). Hubby kata terasa katil mcm bergegar. Hahaha. Haaa, baru tau betapa 'ganasnya' anak dia nie. Tapi mmg kuat pun tendangan time tu. Senak perut aku.

Masa dinner malam tadi, hubby bgtau aku sesuatu.

Hubby: Abang rasa baby nie perempuan.
Me: Nape lak?
Hubby: Sbb Liza asyik mengemas je.
Me: Mana ada! La, takkan bila mengemas je, baby tu perempuan.
Hubby: Yer la, ni asyik mengemas je. Melampau-lampau. Sikit-sikit nak kemas.
Me: Ada lak camtu. Abes tu, takkan nak biar bersepah je.

Aku tau aku rimaskan hubby dengan hal-hal mengemas nie. It's true. Selagi ada tenaga, aku mesti nak kemas bilik. Kalau nampak ada baju kotor (walaupun sikit), aku nak basuh. Janji bakul kain kotor tu kosong. Kalau ruang tamu tu bersepah dgn mainan and bantal, aku akan simpan mainan dan susun bantal elok-elok. Kalau hubby terlupa nak sidai tuala atau tak gantungkan kain pelekat kemas-kemas, aku tegur. Hehehe.. erm, okay. Aku mengaku yg aku agak cerewet akhir-akhir nie. Tapi cerewet aku bersebab. Aku taknak biarkan je semua tu. Nanti bila dah terlalu bersepah, aku jugak yg kena kemas teruk-teruk. Dah la skrg nie makin kurang tenaga.

Masih ada 5-8 minggu lagi sebelum bersalin. Damn, aku sgt tak sabar nak tgk baby nie. Bukan sbb dah penat pregnant tapi..

... tak sabar sgt nak peluk dia...
tak sabar nak tgk rupa dia...
tak sabar nak mandikan dia...
tak sabar nak pakaikan dia baju lawa-lawa...
tak sabar nak tgk dia tidur...
paling penting, tak sabar nak bagi hubby hadiah yg dia paling tunggu-tunggu selama nie..

Shopping spree

as at 09/08/2008

Masa yg paling aku nantikan telah tiba. List barang-barang yg nak dibeli telah aku tulis dan simpan dlm wallet. Hubby takde la excited mcm aku sgt. Dia biasa je. Ala, apa la lelaki tau ttg shopping kan? Aku tau dia takkan membantu sgt. Cuma aku perlukan kehadiran dia utk bg pendapat, pegangkan barang dan paling penting, bayar utk semua tu. Hehehe..

Hubby's reaction was quite annoying bila aku tgh pilih mittens and booties. Ada ke dia nak beli 2 set mittens and booties je. Dia kata, baby tak main kotor so tak perlu beli byk-byk. Aku dah mula berasap kat kepala tapi malas ar nak gaduh-gaduh kan. So aku diam je la. Dlm hati, cuba cari cara utk pastikan aku beli benda tu dlm 5-6 sets. Lama-lama aku dpt satu idea. Aku suruh dia call adik dia utk tanya berapa byk baju nak kena beli. Konon nak tanya psl baju la kan. Dlm masa yg sama, tanya psl mittens and booties skali. Kak Ipah pun bgtau la apa yg patut dibeli. Amek ko, kak Ipah suruh beli 5 sets of mittens and booties. Hubby terus tak argue dgn aku lagi dah! Bab baju pun dia ada argue dgn aku tp nasib baik ada kak Ipah sebagai penyelamat.

Aku agak frustrated dlm bab pilih baju. Like I said before, aku taknak beli warna pink dan blue. BUT warna tu je la yg byk di rak. Kalau ada warna lain pun, saiz utk baby yg dah besar. Ape la, agaknya diorg ingat bila baby girl, org nak beli pink je. Bila boy, nak beli blue je. Geram lak aku. Kalau ada pun warna putih dan kuning. Takkan nak beli semuanya putih kan? Kuning, aku tak prefer sgt utk baby yg baru lahir. Nak elakkan dia drpd kena sakit kuning. Nak taknak, terpaksa la beli warna biru. Lebih baik pilih biru dr pink. Kalau beli pink tapi yg keluar nanti lelaki, tak ke haru anak aku kena pakai baju kaler pink. Sudahnya, kebanyakan benda yg kitorang beli berwarna biru! Kalau la org tak tau hal sebenar, mesti diorg ingat kitorang dpt anak lelaki. Hakikatnya, kitorang pun tak tau baby nie boy ke girl (we decided not to listen to the doctor sbb dia pun tak berapa pasti).

Boleh dikatakan hampir semua brg dah dibeli. Tinggal nak beli pampers, almari baju, car seat dan stroller. Dah tau nak beli yg mana tapi malas nak beli awal-awal. Leceh la nak simpan semua tu. Aku ada minat satu stroller nie. Warna dark grey and ada lining warna baby blue. Jatuh cinta pandang pertama! Ada diskaun 20% lak tu. Terasa rugi lak kalau tak beli sekarang. Mana la tau, takde lak diskaun time raya sale nanti. Maybe boleh pegi beli hujung bulan nie.

Antenatal class

as at 10/08/2008

Kelas yg menarik dan penuh dgn maklumat. Even hubby pun mendengar setiap tajuk dgn penuh minat (kecuali segmen "Cord Blood Banking" by Cryocord). Kelas dimulakan lewat 15 minit kerana ada peserta yang lambat mendaftar. Tajuk pertama ialah mengenai "Pregnancy, Labour & Vaccination". Doktor byk memberi penerangan ttg proses bersalin. Urm, aku takde rasa takut pun. Cuma satu je, gerun bila dgr perkataan "Episiotomy". Argh, perkataan tu mmg aku takut dr awal. Maybe sbb terbayang doctor potong bahagian perineum. Yer la, badan aku mana pernah kena potong-potong nie. Kelakar kan? Tak takut nak bersalin tp takut episiotomy. I don't think episiotomy tu lebih sakit drpd bersalin.

Then, kelas diteruskan dgn penerangan dr pihak Cryocord ttg cord blood banking. Time nie mmg aku dgn hubby tak berapa dgr sgt sbb kitorang dah tau. Terasa mcm masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hubby mula terasa lapar. Hahaha. Nasib baik lepas tu berhenti utk tea break. Semua org serbu meja buffet mcm dah 2 hari tak mkn. Aku rasa org lain pun lapar. Sempat la berbual dgn one Chinese couple dr PJ. Wife dia dah 3 bulan mengandung. Hehe.. patut la nampak kurus lagi. Kebanyakan perempuan yg dtg, dah boyot. 7 bulan ke atas. Perut dah besar dan bulat. Masa tea break nie, pihak Wyeth memberi semua ibu merasa susu Wyeth Mama. Erm, aku lagi suka rasa Anmum Materna. Wyeth Mama nie, mcm berlemak sgt. Manis.

Lepas tea break, kami diberi penerangan ttg nursing dan baby massage. Masa sesi ni, doctor menerangkan cara-cara yg betul utk menyusukan baby. Menurut doctor, takde istilah "susu tak cukup'", "susu taknak keluar" dan "sakit bila menyusukan baby". Tu semua disebabkan si ibu mengamalkan teknik yg salah. Melalui kelas nie, baru la kitorang tau mcm mana badan kita menghasilkan susu, teknik penyusuan yg betul dan bagaimana utk pastikan badan kita menghasilkan susu secara berterusan. Yer la kan, korang tak pelik ke bila ada sesetengah ibu yg mampu menyusukan baby sampai umur 2 tahun sedangkan ada sesetengahnya pula memberi alasan yg susu dia dah kering? Mesti la ada sebab kan? You must have determination to breastfeed your baby. Kalau betul-betul nak breastfeed, jgn beli langsung botol susu! Melalui kelas nie, aku baru tau yg kita tak boleh sesuka hati nak bagi anak susu badan dgn susu formula. Kalau nak, bg dia susu badan sahaja atau susu formula sahaja. Tak boleh sekejap susu badan, sekejap susu formula. Terkejut sekejap sbb aku byk nampak org buat benda nie. Maybe diorg pun tak tau. Wah, challenging jugak kalau nak breastfeed anak sampai umur 2 tahun. Kalau ibu tu bekerja, terpaksa la express milk. Tapi bila express milk, nak simpan kat mana? Kalau yg ada org gaji kat rumah, senang la. Kalau yg jenis hantar anak kat org? Erm, mesti cari jalan penyelesaian ttg masalah kecil nie kalau betul-betul nak breastfeed anak.

Masa tajuk Baby Massage pulak, kitorang buat praktikal. Hubby quite surprised bila aku tau teknik nie. Yer la kan, bila mengandungkan anak pertama, semua benda kita nak ambil tahu. Eventhough aku tak hafal lagi teknik tu, dah boleh ingat sikit-sikit la. Hubby agak berminat dgn baby massage nie. Aku kata kat hubby, kalau dia suka, dia je la yg massage baby nanti. Dia tak cakap apa tp mata dia tgk je nurse tu urut baby.

Kelas berehat selama sejam utk makan tgh hari dan disambung dengan sesi bersama nutritionist. Utk sesi nie, ia lebih sesuai didengar oleh ibu yg baru 2-3 bulan pregnant. Kalau yg dah hujung-hujung nie, kurang sesuai sbb kitorang dah tau apa yg perlu dimakan dan apa yg tak boleh dimakan. Lepas tu, wakil dr Wyeth memberi penerangan tentang susu Wyeth Mama. Sesi yg nie pun sekejap je. Ada la dlm setengah jam.

Kelas berakhir dgn sesi tentang "Pre-Natal and Post Natal Exercise". Ni pun buat pratical. Terpaksa la semua ibu berbaring kat atas mat. Aku dah mula rasa yg mesti susah nak bgn balik bila dah lama baring atas mat nie. Well, I'm not the only one! Bila doctor suruh semua ibu duduk, terdengar la keluhan yg keluar dr mulut semua ibu yg cuba nak bangun. Tanpa disuruh, semua bapa menghulurkan tgn utk menolong si ibu bgn. Ceh, MACAM sweet je.

Semua ibu pulang dgn goodie bags from Cryocord, Wyeth dan Hospital Pantai. Ada dpt sample. Ada gak dpt barang. Mcm Christmas pulak. Thank you!

The day I can't accept myself

as at 07/08/2008

Ladies and gentlemen.. my belly is soooooooo big! I still have another 2 months to go and I can't fit my IT Community shirt anymore. Baju masih longgar tp sempit-giler-nak-mamp*s kat bahagian perut. Last week masih boleh pakai baju tu. Kenapa tiba-tiba skrg dah tak muat?!!

That was an alarm. Therefore I called my 911 number (my mom, actually) and asked for a help. "Kalau ada baju kurung yg lama-lama tu, meh la bagi pinjam." I'm sure my belly akan membesar dgn kadar yg cepat so lebih baik bersiap sedia.

Aku masih boleh berjalan laju tp lepas tu, mula la rasa semcm kat bahagian perut. Kdg2 rasa mengeras, kdg2 rasa sakit. Tapi bila jalan perlahan, rasa mcm tak selesa jugak. Terasa mcm kepala baby tu menekan kat bahagian bwh belly. Bila dah rasa camtu, makin perlahan la aku berjalan. Skrg baru aku tau kenapa perempuan mengandung berjalan terkedek-kedek. Maybe bkn sbb diorg tak boleh berjalan laju tp sbb rasa tak selesa tu yg membuatkan diorg terpaksa jalan perlahan-lahan.

My baby is getting bigger and stronger day by day. Even hubby pun kesian kat aku bila dia rasa baby menendang tak henti-henti masa aku cuba nak tidur.

A hotdog or a cheeseburger?

as at 28/07/2008

As at today, berat baby dah 1.1kg. Naik 500g sejak sebulan yg lalu. Berat Ummi nye pulak dah tambah lagi 2kg. So far, my weight dah naik 9kg dlm masa 7 bulan.

Now, baby tgh sibuk kumpul lemak. Pergerakan dia makin kuat sekarang nie. Tak reti duduk diam. Hubby pun dah mula rasa yg anak dia nie akan jadi sgt lasak bila dah lahir. Seriously, aku rasa perut ni dah jadi mcm kompleks sukan! Kalau korang duduk dekat dgn aku dan perhatikan perut aku betul-betul, korang mesti akan nampak pergerakan atau tendangan baby nie (tanpa perlu memegang perut aku).

Kalau sebelum nie, Dr Eeson boleh nampak jantina baby, Dr. Smita tak nampak pulak. Dia bukan tak nampak tp dia tak sure. So tak dpt la nak sahkan jantina yg Dr Eeson nampak. Jeng jeng jeng.. boy ke girl nie? Ramai predict aku dpt girl. Ada yg kata sbb aku suka mkn ayam. Ada yg kata sbb aku perempuan sulung dlm family (so genetik perempuan tu lagi kuat.. apa-apa aje).

Tapi ada gak yg predict aku dpt lelaki sbb bila aku pegang baby girl, baby girl tu tak menangis. Kononnya baby girl akan 'tertarik' dgn baby boy kat dlm perut.

Aku tak kesah. Boy ke girl.. dua-dua ada keistimewaannya. Hubby, kalau dulu dia nak girl, skrg nak boy pulak. Alasan dia, dia boleh bwk anak dia pergi masjid selalu. Walala, sweet nye alasan!

Bila unborn baby merajuk...

as at 10/07/2008

Dah mula rasa susah nak tidur. Bila nak tidur je, kaki mula rasa lenguh. Mengiring ke kiri, mengiring ke kanan, pinggang pulak mula lenguh. Ditambah pulak dgn baby yg bergerak-gerak everytime aku menukar posisi. Maybe dia pun nak tukar posisi kat dlm tu kot. Kdg-kdg, hubby masuk tidur lambat tapi dia yg tertidur dulu. Aku? Masih terkebil-kebil memikirkan bila la mata nak lelap.

Entah pukul berapa hubby terjaga, dia tgk aku tak tidur lagi. Utk mengurangkan ketidakselesaan, hubby suruh letak bantal kat blkg badan tapi akhirnya aku kepit kat kaki. Lega sikit. Lama-lama, aku tertidur.

Aku selalu ckp kat hubby yg aku dgn dia kena tidur puas-puas sementara masih ada waktu nie. Once baby lahir, mesti tak cukup tidur. You know what my hubby said? "Eii, jgn la dia menangis tak berenti mcm Puteri. Kalau dia camtu, abang sumbat je puting, pastu abg tido!" Kejam tak? Hehe.. aku tau la dia bergurau.

Rasanya baby dgr and faham apa yg Abi dia ckp sbb lepas tu, baby mcm tak layan hubby. Baby akan menendang dgn aktif bila aku letak tgn kat perut tp bila hubby yg letak, bila hubby berckp dgn dia, dia senyap je. Gerak pun tak. 2 hari hubby tak rasa dia gerak. Last-last terpaksa la hubby pujuk dia (bayangkan dlm kepala korang yg hubby aku tgh pujuk perut aku.. aku nak tergelak tgk dia memujuk). Siap minta maaf tu. At last, our baby gave him a big kick! Isk, belum lahir lagi tapi dah pandai nak merajuk. Nampaknya manja dgn Abi dia la. Ahaks, bukan ke kita akan merajuk dgn org yg kita sayang?

Kalau ikut perkiraan, ada 95 hari lagi. Officially, dah masuk third trimester. I still have another 14 weeks to go.

Bila Nek Wan mula serkap jarang

as at 09/07/2008

It started with a phone call discussing about kenduri doa selamat for the baby and me. After got a few details, my mother started asking about my baby's gender. Mcm serkap jarang la.

Me: Kenduri akikah kita buat lepas habis pantang la. Jemput org kat blok kita je. Tak payah jemput satu persatuan. Mama kira la jumlah tetamu and berapa bajet.

Mother: Mmg tak payah jemput semua orang. Kita jemput sedara dgn jiran-jiran terdekat je. Tu tak payah fikir la. Danish nak tumpang sekali. Aritu, atok dia baru buat seekor je. Ni nak kena buat lagi seekor la. Along bg kambing je. Yang lain, mama dgn papa settle kan. Nak bg kambing berapa ekor? ( See, tu taktik nak tau jantina baby namanya tu)

Me: Ckp je la nak tau lelaki ke perempuan.. hehehe.. ala, senang cerita, paling byk pun 2 ekor. Paling sikit seekor je la. Kehkehkeh

Mother: Camtu pulak. Abes tu kalau tak bgtau, camne lak? Mane la tau nanti mama belikan baju warna pink, sekali yg keluar tu lelaki pulak.

Me: Aaa, baby along tak main la warna pink dgn biru. Theme color dia warna hijau eh. Beli je warna apa-apa pun melainkan warna pink, biru dan kuning.

Tuesday, July 08, 2008

36E?

6 July

Pernah dgr tak ungkapan nie, “Customers are always right”? Bagi aku, ia tak semestinya betul. Yang penting, cara promoter melayan pelanggan. Melalui promoter, pelanggan dpt memilih apa yg dikehendaki dgn lebih senang. Jika layanan memuaskan diberi, pelanggan tu mesti nak dtg ke tempat tu lagi. Correct?

Baru-baru nie, aku ajak hubby pergi temankan aku beli bra. My hubby sporting dlm bab nie. Kalau nak beli bra ke, baju tidur ke, dia mmg nak ikut sbb nak pilihkan utk aku. Dia sendiri tak segan utk masuk ke fitting room dgn aku.

I fall in love with Xixili on Jan 2007. Not like other people yg lebih sukakan design yg cantik-cantik berbanding keselesaan, aku pastikan aku selesa dgn apa yg aku pakai. Aku pernah jumpa sorang perempuan yg beli bra cantik tapi bila pakai, isi terkeluar kat tepi. Dia tak kesah sbb lawa. Selalunya kalau bra yg cutting cantik-cantik nie, mana ada cup besar. Dia tak kesah pakai cup kecil, janji cantik! Aku tak ler tgk dia tp husband dia ckp. Don’t ask me camne husband dia boleh bgtau.

Kalau small breast tu takpe. But for a person who has a medium to big breast, kena la jaga betul-betul sebelum terlambat. Kena pilih size yg betul, sokongan yg betul. Nak underwire ke, padding ke, full cup ke.. semua tu kena ambil kira. Kalau tak, cepat la menggelebeh.

Due to pregnancy, I have to buy a new bra. Yang lama mmg dah tak muat sgt. Bila pergi Jusco Maluri, takde pulak Xixili. Takpe la. Aku cuba survey other brands. Situ tak byk pilihan. Aku pergi kat Audrey dulu. Promoter nie nampak mcm pro. Dia siap konon-konon leh agak la size aku skrg nie sedangkan size yg dia agak tu sama la dgn size yg aku pakai sblm nie. However, aku diamkan je. Plus, kdg2 size bagi setiap brand tu ada la ‘lari-lari sikit’.

Dia bg aku cuba beberapa jenis bras yg dia pilihkan. Lepas cuba, aku keluar balik dan bgtau yg cup tu kecil. Eventhough dia ada tali tape kat leher, dia main agak-agak lagi. Dia pegang my breast and bg aku size yg lain. Aku cuba lagi. This time cup tu besar sikit. Mcm tak melekap betul-betul. Aku bgtau dia hal yg sama. Dia boleh ckp, “Awak nie tak reti pakai bra ke? Tadi kata kecil, ni kata besar pulak. Tak sumbat betul-betul ke?”.

Masa tu, aku dah bengang dah. Excuse me. Aku dah pakai bra bertahun lamanya. Aku tau la camne nak pakai. Mmg dah bengang tahap maksima. Dah dia yg tak ukur betul-betul, nak kata aku salah lak. I just walked away! Hubby terpinga-pinga bila tgk muka aku masam mencuka.

Sepanjang perjalanan ke Imbi Plaza, aku diam je. Yer la, kalau mulut aku membebel, mesti aku kutuk-kutuk promoter tu. Hubby ajak aku pegi KLCC sbb dia tau, kat sana ada Xixili. Dia juga tahu, aku mmg sukakan layanan kat sana.

Aku ingat lagi my first visit kat KLCC outlet. There was a mid age promoter berdiri sambil melayan customer. Kalau kat counter lain, kebanyakan promoter tu muda-muda belaka, kat Xixili ni lain pulak. Tapi aku tak kesah sgt. At first, aku ke sana sbb nak beli baju tidur. Masa tu Xixili baru keluarkan 2007 range. Cantik-cantik. Aku dah tgk masa kat Seremban. So masa tu, aku bwk hubby sbb nak dia tlg pilihkan mana yg dia paling suka. That promoter bg layanan yg sgt bagus. Dari cara dia bercakap, bg penerangan sampai la ke fitting, semuanya bagus. Drpd nak beli night gown, aku sampai beli benda lain sekali. Dia tak main agak-agak sebaliknya dia gunakan tali tape yg dia ada. Baru la size tu betul. Dia carikan cup size yg betul-betul sesuai. Dia siap bg ‘lecture’ kenapa kena cari bra yg betul-betul sesuai. Masa tu rasa mcm seronok pulak pergi beli bra. Hahaha.

Therefore, kitorang pegi ke KLCC mlm tu. Promoter yg aku jumpa satu setengah tahun yg lepas takde kat situ. Yg ada, seorang lagi mid-age promoter. Aku tegur dia dan bgtau tujuan aku ke sana. Dia sgt peramah, mcm promoter yg dulu jugak. Dia ambil ukuran and minta aku cuba satu bra. Dia tlg fitting sekali. 3 kali fitting, baru la dpt cup yg betul-betul melekap. Terkejut aku bila tau size skrg ni. Hubby lak bg “I-told-you-so” look to me. Selama nie dia ‘rajin’ bg komen ttg size yg makin membesar, aku buat tatau je. Ni bila dah terbukti, terpaksa la aku mengiyakan. My God, how can they be so big?

Nyonya tu punya la sporting. Dgn hubby, dia sama-sama carikan bra yg cantik-cantik. Dia bwk masuk 6 helai utk aku sambil bg komen, “Yang tu, saya rasa sexy tp husband you suka”. Tergelak besar aku dgr dia ckp camtu. Tapi dia betul. Mmg sexy sikit la tapi cantik!

Sambil fitting, aku luahkan perasaan bengang aku kat promoter Jusco tu. Dia tanya aku, camne nak pakai bra dgn betul. Aku bgtau la apa yg aku buat selama nie. Dia kata, betul la cara aku tu. Dia geleng kepala je bila aku ulang balik ayat promoter yg menyakitkan hati tu.

Akhirnya, aku beli la 4 helai. Tu pun hampir-hampir nak beli baju tidur sbb tergoda dgn design-design baru yg ada kat sana. Cantik-cantik tu! Ada 2 helai tu, warna mcm off white. Cantik. Hubby pun suka tapi hubby ckp, beli la tahun depan sbb skrg dah jadi Mak Buyung. Kalau pakai pun, nampak perut yg makin bulat. Cehhh, potong stim betul mamat tu.

Blue is for boy and pink is for girl.. what about green?

2 July

The baby is kicking 24/7. At least, that’s what I feel. Tak penat ke anakku? Kdg2 dia tak menendang tapi aku dpt rasakan pergerakan dia. Kdg2 boleh tgk pergerakan dia at my belly. Mcm ombak, turun naik. Comel!
Sejak semua org tau yg aku dgn hubby dah tau jantina baby, masing-masing sibuk nak korek rahsia. Ada yg dah buat prediction based on their own theory.


Papa: My father rasa lepas nie dia dpt cucu perempuan sbb aku rajin menanam pokok bunga and rajin buat donut.
>> Camtu ke? Hey, sape tau anak aku mcm Jamie Oliver ke… ahaks. Tak semestinya suka memasak tu, dpt anak perempuan.

Kak Efah: Dia rasa aku dpt anak perempuan sbb aku suka mkn ayam. Alkisahnya, dia pernah nampak aku beli rangka ayam kat pasar malam and mkn sorang-sorang.
>> Dia nye teori camni. Kalau suka mkn ayam, dpt anak perempuan. Kalau suka mkn seafood, dpt anak lelaki. Well, masa dia pregnant baru-baru nie, dia suka mkn seafood tapi dia lahirkan anak perempuan gak.. hehe. So rasa-rasanya teori dia tak boleh dipakai.

Orang lain belum berani nak buat prediction. Masing-masing nak tunggu perut aku besar. Then, baru tgk bentuk perut tu. Kalau bulat, perempuan. Kalau tajam, lelaki. Setakat nie, perut aku masih kecil. Jadi, diorg no comment.

The theme color for my baby is neither blue nor pink. Bila perempuan je, kena pink. Bila lelaki, kena blue. Boring la. Aku nak tukar. Hehe.. kita buat warna GREEN. At least, kalau tiba-tiba doctor tersalah tgk jantina, tak ler kesian kat anak aku. Plus, green is cute! Benda nie aku dah pk lama dah. Sbb tu blog nie pun warna hijau dr entry pertama.

Ada sebulan lagi before start shopping brg2 baby. Serious aku tak sabar!!List brg-brg yg perlu dibeli utk menyambut kehadiran baby dah pun siap. Aku bg hubby go through list tu. Dia mcm tak percaya begitu byk brg kena beli. Hehe.. aku dah warning dia awal-awal. Ala, kebanyakannya brg yg mmg perlu dibeli. Cuma ada beberapa item yg boleh beli lewat sikit or maybe tak perlu dibeli. Ada jugak brg yg perlu dibeli tp tak perlu dibeli sbb my mother dah siapkan awal-awal utk cucu dia. Ada jugak kwn yg dah bgtau awal-awal dia nak bg hadiah apa utk memastikan aku tak beli brg tu lagi. Betul jugak cara dia tu. Tak perlu la aku nak ada sampai 2-3 brg yg sama. Lain la kalau baju. So kalau korang dah terfikir nak bg hadiah apa, bgtau la aku awal-awal. Hehehe.

Before serahkan list tu kat hubby, aku pergi survey harga brg-brg skali. Perghh, rambang mata bila melihat brg-brg baby kat kedai. Rasa nak beli time tu jugak! Tgk nie cute.. tgk tu cute. Nampaknya akan timbul masalah bila aku pegi shopping dgn hubby nnt. Mesti susah nak decide yg mane satu kitorang nak beli.

Mak bidan yg nak urut aku masa berpantang pun dah ada. Actually, dia mak bidan yg urut mak aku dulu-dulu. Then, dia urut adik aku. So aku minta dia urutkan je. Taknak pening kepala mencari mak bidan yang lain. I don’t have enough time nak mencari satu Seremban tu.

Masa buat glucose test baru-baru nie, aku sempat pegi tanya charge rates utk bersalin kat Hospital Ampang. Ingatkan nak settle kat 1st Class Ward je tapi diorg punye 1st Class Ward belum dibuka. Yang ada hanyalah 2nd Class dan 3rd Class. Therefore, I will go to 2nd Class je la. Quite okay cause for 2nd Class, satu bilik ada 4 katil sahaja. Ada privacy sikit.

One more week before I enter 3rd Trimester. Then, 14 weeks to go before I can present this cute birthday gift to hubby.

 

Copyright © Liz Rohaizat 2014 | All rights reserved | Blog Designed by Krafty Palette.